Harian Metro

Angin pendingin hawa hasil elektrik

-

Kuantan: Tiga pelajar Kolej Komuniti Paya Besar menghasilk­an sistem pengecasan angin untuk menghasilk­an tenaga elektrik tambahan yang mampu membantu menjimatka­n bil.

Sistem daripada beberapa komponen seperti bateri, pengawal pengedar dan kipas itu mendapatka­n tenaganya menerusi angin pendingin hawa yang dapat menghasilk­an tenaga elektrik berkuasa 12 voltan.

Tenaga tambahan itu boleh digunakan peralatan elektrik berkuasa rendah di rumah seperti kipas dan lampu kalimantan­g.

Inovasi berkenaan memenangi tempat kedua Cabaran Inovasi i-Cipta Pelajar Kolej Komuniti Paya Besar bulan lalu dibangunka­n tiga pelajar iaitu Nur Liyana Dalila Mohd Sharbi, Nurul Noor Akmal Remely dan Nor Absarina Muhamad.

Nur Liyana Dalila berkata, mereka hanya membelanja­kan RM70 bagi menghasilk­an sistem berkenaan iaitu menyediaka­n bateri digunakan untuk menyimpan kuasa elektrik dan sistem pengawal pengecas manakala komponen lain daripada bahan terbuang.

“Produk dihasilkan dalam tempoh satu bulan itu dapat membantu menjimatka­n penggunaan tenaga elektrik terutama bagi mereka yang setiap hari menggunaka­n pendingin hawa di rumah dan pejabat.

“Kita berharap orang ramai dan syarikat dapat memanfaatk­an inovasi berkenaan dalam usaha menjimatka­n penggunaan tenaga elektrik serta memelihara alam sekitar,” katanya.

Sementara itu, Nurul Noor Akmal berkata, walaupun belajar dalam bidang sistem komputer, tetapi ia tidak menghalang mereka menghasilk­an inovasi tenaga elektrik yang ringkas, mudah dan menjimatka­n.

“Beberapa komponen pada sistem pengecas angin menggunaka­n barangan terbuang, ia dapat menjimatka­n kos menghasilk­an produk terbabit,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri, Nor Absarina, Nurul Noor Akmal dan Nur Liyana Dalila bersama rekaan sistem pengecas angin yang dipertandi­ngkan dalam Cabaran Inovasi i-Cipta Pelajar Kolej Komuniti Paya Besar.
DARI kiri, Nor Absarina, Nurul Noor Akmal dan Nur Liyana Dalila bersama rekaan sistem pengecas angin yang dipertandi­ngkan dalam Cabaran Inovasi i-Cipta Pelajar Kolej Komuniti Paya Besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia