Harian Metro

Jangka ada runtuhan susulan

-

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) tidak menolak kemungkina­n berlaku runtuhan susulan di tapak projek Lebuhraya Bertingkat Bukit Kukus di sini, ekoran terdapat aliran anak sungai di kawasan terbabit.

Pengarah JMG Kedah, Perlis, Pulau Pinang Azhari Ahmad berkata, lokasi anak sungai yang sangat hampir dengan kawasan runtuhan menyebabka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) sukar dilakukan.

Bagaimanap­un, katanya, aliran anak sungai itu dialihkan ke bahagian lereng cerun bagi memastikan tiada limpahan air masuk ke kawasan runtuhan atau permukaan cerun.

“Semalam (kelmarin) kami kenal pasti ada pergerakan susulan di lokasi kejadian dan pemantauan dibuat dari semasa ke semasa.

“Ia disukarkan lagi apabila sungai itu terletak betul-betul di atas runtuhan terbabit.

“Kawasan runtuhan ini mudah menakung air dan beberapa plot di situ dikenal pasti sebagai kawasan tambakan,” katanya.

Sehingga kini, empat mangsa ditemui maut, manakala tiga lagi pekerja binaan di tapak terbabit cedera selepas terbabit dalam kejadian tanah runtuh jam 1.56 tengah hari Jumaat lalu.

Projek bernilai RM545 juta itu muncul sebagai laluan alternatif menghubung­kan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul itu dijangka siap pada Mac 2020 selepas mengalami kelewatan setahun dari jangkaan asal.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Saadon Moktar berkata, operasi SAR tertumpu kepada beberapa plot dikenal pasti Unit Anjing Pengesan (K9) selain prosesnya tertumpu di Sektor 3.

“Kami mendapat bantuan Unit Logistik, selain bilangan jentera ditambah.

“Kami akan mengalihka­n baki kontena yang masih berada di kawasan runtuhan,” katanya.

 ??  ?? Ia disukarkan lagi apabila sungai itu terletak betul-betul di atas runtuhan terbabit”
Azhari
Ia disukarkan lagi apabila sungai itu terletak betul-betul di atas runtuhan terbabit” Azhari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia