Harian Metro

Promosi hebat di tiga lokasi

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

„ Hebahan menjelang 30 hari pameran dekati orang ramai di kawasan tumpuan

Program menjelang 30 hari Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia (MAHA) 2018 di ruang legar pusat beli-belah Fahrenheit 88 di Bukit Bintang, semalam berlangsun­g meriah dengan pelbagai aktiviti menarik.

Acara penuh warna-warni anjuran Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) itu bertujuan mendekati orang ramai dalam usaha mempromosi dan menguar-uarkan penganjura­n MAHA 2018 yang bakal diadakan pada 22 November hingga 2 Disember depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Antara aktiviti yang berlangsun­g adalah persembaha­n tarian tradisiona­l zapin pertanian, gimik edaran risalah bercetak dan nyanyian lagu tema MAHA 2018 berjudul Hang Pi MAHA dendangan Yabang Khalifah.

Selain kunjungan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan, hadir sama memeriahka­n suasana ialah Pengarah Sekretaria­t MAHA 2018, Azman Mohd Saad dan selebriti popular, Faizal Ismail.

Menurut Azman, MAHA 2018 diadakan bagi memastikan bidang pertanian dan industri asas tani kekal relevan serta terus maju dengan kepentinga­n teknologi dan inovasi pertanian (agroteknol­ogi) dalam industri agromakana­n negara.

“Masih mengekalka­n tema Makanan Kita, Masa Depan Kita, sebanyak 13 pavilion negeri akan dibuka di MAHA 2018 yang menampilka­n identiti, kebudayaan, pameran dan 501 menu juadah makanan dari seluruh negeri untuk disajikan kepada pengunjung pada tahun ini.

“Nikmati juga pengalaman menyeronok­kan bertani secara langsung di semua halaman seperti laman perikanan, laman nanas, laman ternakan dan sebagainya.

“Menjelang 30 hari MAHA 2018, jumlah hasil kutipan tajaan setakat ini hampir RM5.5 juta dan rakan strategik pula sebanyak 35 syarikat serta individu.

“Kami juga menjangkak­an penganjura­n kali ini akan menarik lebih 3.5 juta pengunjung,” katanya selepas mengetuai program berkenaan di sini, semalam.

Kata Azhar, MAHA 2018 turut mendapat sambutan memberangs­angkan sebagai platform perniagaan yang menguntung­kan apabila semua 1,500 gerai pameran ditawarkan habis ditempah penggiat industri pertanian dan agromakana­n negara.

Program tidak terhenti di situ apabila pihak penganjur dan jemputan ‘menyerang’ pula lokasi berikutnya iaitu pusat beli-belah Sogo dan Jakel Square untuk menemui orang ramai di sana dengan menaiki bas KL Hop On Hop Off.

Sementara itu, kakitangan swasta, Izhar Mohd Noor berkata, program ini sesuatu yang menarik dan memberi kelainan dalam usaha mempromosi­kan MAHA 2018 apabila turut membabitka­n penyertaan golongan belia.

“Cara MOA mempromosi­kan MAHA 2018 pada tahun ini lebih menyeronok­kan untuk menarik perhatian dan mempelawa masyarakat mengunjung­i MAHA bulan depan dan saya berharap penganjura­nnya berjaya seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya yang datang bersama keluarga.

Selepas ini, MOA juga bakal menganjurk­an program konvoi motosikal bermula dari ibu pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Puchong, Selangor, menuju ke utara dan berakhir di Perlis untuk mempromosi­kan MAHA 2018.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? Azman ?? Masih mengekalka­n tema Makanan Kita, Masa Depan Kita, sebanyak 13 pavilion negeri akan dibuka di MAHA 2018 yang menampilka­n identiti, kebudayaan, pameran dan 501 menu juadah makanan dari seluruh negeri untuk disajikan kepada pengunjung pada tahun ini”
Azman Masih mengekalka­n tema Makanan Kita, Masa Depan Kita, sebanyak 13 pavilion negeri akan dibuka di MAHA 2018 yang menampilka­n identiti, kebudayaan, pameran dan 501 menu juadah makanan dari seluruh negeri untuk disajikan kepada pengunjung pada tahun ini”
 ??  ?? ORANG ramai mengambil peluang bergambar bersama peserta Flashmob.
ORANG ramai mengambil peluang bergambar bersama peserta Flashmob.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia