Harian Metro

ANAK BAPA KONGSI PENTAS

- Siti Nur Mas Erah Amran cnews@nstp.com.my

„ Dua beranak masing-masing terima PhD, ijazah sarjana pada Konvokesye­n Universiti Malaya ke-58

Kuala Lumpur

Pasangan bapa dan anak mencatatka­n memori indah apabila berkongsi pentas menerima ijazah pasca siswazah masing-masing.

Abdul Razak Aziz, 59, menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) melalui tesis Kajian Makanan Melayu Era Globalisas­i manakala anak sulungnya, Muhammad Afiq, 29, memperoleh Ijazah Sarjana Pengajian Islam.

Abdul Razak yang juga pensyarah Bahagian Kulinari dan Gastronomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, berkata, beliau mengambil masa selama lapan tahun untuk menyiapkan tesisnya.

“Saya disiplinka­n diri dan menulis sekurang-kurangnya dua jam setiap hari.

“Seronok apabila dapat berkongsi saat manis bersama anak yang turut sama bergraduas­i hari ini (semalam),” katanya selepas menerima gelaran berkenaan sempena Istiadat Konvokesye­n Universiti Malaya ke-58 di sini, semalam.

Bagi Muhammad Afiq, pengalaman yang ditimba bersama ayah tersayang menjadi memori yang tidak akan dilupakan.

“Ini adalah rezeki yang ditetapkan Allah SWT dan perancanga­nNya amat cantik sekali.

“Saya bersyukur dan berharap dapat meneruskan pengajian ke peringkat PhD seperti ayah,” katanya.

Seramai 5,279 graduan termasuk 580 pelajar asing dari 46 negara menerima ijazah mereka pada konvokesye­n bermula semalam sehingga Selasa ini dengan 540 ijazah doktor falsafah, 1,768 ijazah sarjana, 2,928 sarjana muda dan 43 diploma.

Bagi penerima gelaran Profesor Emeritus, Datuk Profesor Dr Goh Khean Lee, sifat merendah diri, tekun bekerja dan jujur sentiasa menjadi pegangan.

Pakar Gastroente­rologi dan Hepatologi, Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC) itu berkata, anugerah yang diterima amat bermakna buat dirinya.

“Paling penting, minat perlu sentiasa ada dan dipupuk supaya sentiasa bersemanga­t dalam apa juga kerja yang dilaksanak­an.

“Saya akan meneruskan kajian berhubung amalan gastroente­rologi dan hepatologi selain menjadi mentor kepada pengamal perubatan yang mendalami bidang ini.

“Itulah sumbangan yang boleh saya berikan memandangk­an minda masih tajam dan ‘handskill’ yang dimiliki masih mantap untuk menimba serta berkongsi ilmu dengan doktor muda di negara ini,” katanya.

 ?? Muhammad Afiq
Nur Dalila Mohd Noor ?? Saya bersyukur dan berharap dapat meneruskan pengajian ke peringkat PhD seperti ayah” ABDUL Razak Saya ingin buktikan fizikal begini bukan penghalang, malah ia menjadikan saya manusia lebih kuat dan saya juga memilih berkawan dengan orang yang positif kerana merekalah mempengaru­hi saya menjadi lebih positif” NUR Dalila
NORFARAHAT­UN
Muhammad Afiq Nur Dalila Mohd Noor Saya bersyukur dan berharap dapat meneruskan pengajian ke peringkat PhD seperti ayah” ABDUL Razak Saya ingin buktikan fizikal begini bukan penghalang, malah ia menjadikan saya manusia lebih kuat dan saya juga memilih berkawan dengan orang yang positif kerana merekalah mempengaru­hi saya menjadi lebih positif” NUR Dalila NORFARAHAT­UN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia