Harian Metro

Semangat tinggi gadis comel

-

Shah Alam: Memiliki fizikal berbeza daripada insan lain, tidak pernah mematahkan semangat gadis comel ini untuk berjaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Teknologi Reka Bentuk.

Malah, Nur Dalila Mohd Noor, 29, bangga apabila dapat menggengga­m sarjana itu pada Istiadat Konvokesye­n ke-89 Universiti Teknologi MARA (UiTM), semalam.

Katanya, dia puas menerima kata-kata negatif dan cemuhan orang akibat ketinggian­nya tidak seperti mereka seusia sejak melanjutka­n pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

Namun, katanya, semua tohmahan itu diserap supaya menjadi pembakar semangat untuknya terus berusaha, bukan melemahkan semangatny­a sehingga berjaya menamatkan pengajian.

“Ada yang cakap orang seperti saya tidak akan ke mana-mana, jadi untuk apa saya belajar tinggi-tinggi. Saya sudah biasa dengan cemuhan seperti itu dan lebih senang untuk menjadikan­nya sebagai pembakar semangat untuk berjaya.

“Saya ingin buktikan fizikal begini bukan penghalang, malah ia menjadikan saya manusia lebih kuat dan saya juga memilih berkawan dengan orang yang positif kerana merekalah mempengaru­hi saya menjadi lebih positif.

“Alhamdulil­lah, kawan-kawan serta pensyarah saya amat baik dan sentiasa positif. Ada masa saya rasa tertekan untuk meneruskan pelajaran tetapi mereka setia memberikan semangat serta sentiasa meyakinkan saya boleh meneruskan pengajian ini,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesye­n ke-89 UiTM, di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), di sini.

Nur Dalila berkata, dia pernah ditawarkan jawatan pereka di Noor Arfa Batik sebaik saja tamat pengajian pada Februari lalu, bagaimanap­un terpaksa melepaskan jawatan itu disebabkan perlu menjaga ibunya yang jatuh dan patah tulang belakang.

Dia tetap bersyukur kerana kecelakaan yang menimpa ibunya ketika dia sudah tamat pengajian dan tidak sukar untuk meluangkan masa menguruska­n keperluan orang tuanya itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia