Harian Metro

Bendung penipuan hingga kerugian cecah RM100 juta

-

Kuala Lumpur: Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) mendesak pihak berkuasa bekerjasam­a dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media bagi membendung penipuan sindiket Macau Scam yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakang­an ini.

Timbalan Presiden PMPM Azlin Othman berkata, berdasarka­n statistik Jabatan Siasatan jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 4,500 kes membabitka­n kerugian lebih RM100 juta dilaporkan di negara ini sepanjang tahun lalu.

Menurutnya, jumlah kes itu cukup besar dan perlu dibendung bagi mengelak lebih ramai lagi mangsa di negara ini terpedaya dengan sindiket yang licik menjerat mangsa.

“Memang tidak dinafikan antara puncanya kerana masyarakat tidak peka terhadap kes penipuan membabitka­n sindiket Macau Scam dan kurangnya pengetahua­n mengenainy­a.

“Mangsanya tidak mengenal sesiapa pun termasuk kakitangan awam, pegawai kerajaan dan swasta dan paling membimbang­kan ia turut membabitka­n pesara, golongan profesiona­l serta individu berjawatan tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Azlin berkata, kes terbaru membabitka­n seorang pegawai kesihatan dan kerani yang masing-masing kerugian RM105,000 dan RM204,000 ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan Jabatan Audit Negara seharusnya perlu diberi perhatian.

“Modus operandi sindiket itu dengan menyamar sebagai pegawai bank atau pegawai polis memaklumka­n mangsa terbabit kes jenayah seperti penggubaha­n wang haram, tipu culik bagi meminta wang tebusan dan pembabitan dengan sindiket dadah.

“PMPM berharap usaha dapat dibuat bagi mengelak lebih ramai yang menjadi mangsa.

“Kita berharap masyarakat berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan panggilan daripada individu tidak dikenali dan sebaiknya membuat semakan dengan balai polis berhampira­n jika menerima panggilan memaklumka­n terbabit kegiatan jenayah,” katanya.

 ?? Azlin Othman ?? Modus operandi sindiket itu dengan menyamar sebagai pegawai bank atau pegawai polis memaklumka­n mangsa terbabit kes jenayah seperti penggubaha­n wang haram, tipu culik bagi meminta wang tebusan”
Azlin Othman Modus operandi sindiket itu dengan menyamar sebagai pegawai bank atau pegawai polis memaklumka­n mangsa terbabit kes jenayah seperti penggubaha­n wang haram, tipu culik bagi meminta wang tebusan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia