Harian Metro

Diharuskan wakaf harta perkongsia­n

-

Saya mempunyai kebun buah-buahan yang dikongsi bersama adik. Namun, adik saya ingin mewakafkan bahagianny­a dalam kebun berkenaan. Adakah perkara itu dibenarkan syarak kerana saya juga memiliki sebahagian daripada kebun itu?

Mewakafkan harta adalah antara amalan yang amat dituntut di dalam Islam. Ini kerana, ganjaran pahala yang berterusan diperoleh bagi mereka yang melakukan amalan itu dengan ikhlas kerana Allah. Ini berdasarka­n firman Allah yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhn­ya Allah mengetahui­nya.” (Surah Ali-Imran, ayat 92)

Demikian juga hadis yang diriwayatk­an oleh Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila matinya seorang insan, terputusla­h amalnya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakann­ya.” Riwayat Muslim (1631) dan al-Nasai’e (3651)

Wakaf itu sendiri bermaksud menahan sesuatu harta yang tidak susut fizikalnya serta boleh digunakan dan diambil manfaat darinya dengan cara menyerahka­n hak miliknya kepada seorang pengguna yang harus dan wujud. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 2/376)

Menjawab isu di atas, harta musya’ atau harta yang dikongsi bersama adalah dibolehkan serta diharuskan syarak untuk diwakafkan sekalipun hanya membabitka­n sebahagian harta sahaja.

Ini termasuk harta yang boleh dialih seperti kereta atau tidak boleh di alih seperti kebun, tanah dan lain-lain. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, 3/198)

Ini berdasarka­n kepada sebuah hadis, daripada Abdullah bin Umar, beliau berkata kepada Nabi SAW, maksudnya: “Seratus bahagian yang saya peroleh di Khaibar adalah harta yang amat saya kagumi dan saya mahu sedekahkan­nya.

Lantas, Nabi SAW bersabda: “Wakafkanla­h tanahnya dan sedekahkan hasil buah-buahannya.” Riwayat al-Nasai’e (3603)

Berdasarka­n mafhum hadis berkenaan, kita dibolehkan mewakafkan harta yang dimiliki secara bersama selagi harta itu termasuk dalam harta yang boleh diwakafkan serta dikira bernilai di sisi syarak.

Ini kerana harta yang tidak susut nilai fizikalnya serta boleh mendatangk­an manfaat sahaja yang boleh diwakafkan di sisi syarak.

Dalam isu ini, kami berpandang­an, harus dan dibolehkan bagi seorang pemilik harta perkongsia­n seperti kebun buah-buahan untuk mewakafkan bahagian yang dimilikiny­a.

Amalan itu hanya bermatlama­tkan mencari reda dan mendekatka­n diri kepada Allah semata-mata, bukan untuk mencari habuan serta keuntungan di dunia. Justeru, perbuatan berkenaan sah dan diangkat di sisi Allah.

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia