Harian Metro

Drebar e-hailing, teksi wajib buat caruman PERKESO Biar betul mampu milik

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

Kementeria­n Sumber Manusia mewajibkan pemandu khidmat e-hailing dan teksi membuat caruman di bawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri menerusi Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bermula 1 November ini.

Menterinya M Kulasegara­n berkata, setakat ini hanya 5,197 daripada lebih 100,000 pemandu e-hailing dan teksi di seluruh negara mendaftar menerusi caruman itu.

Katanya, pendekatan itu memberi perlindung­an kepada mereka dan ahli keluarga jika berlaku kejadian tidak diingini ketika melakukan perkhidmat­an berkenaan.

“Jika gagal berbuat demikian (mencarum), pemandu e-hailing dan teksi bakal berdepan risiko memperbaha­rui permit perkhidmat­an mereka,” katanya selepas merasmikan Seminar Bersama Pemimpin Masyarakat PERKESO 2018 Peringkat Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, semalam.

Kulasegara­n berkata, kementeria­nnya dalam proses berbincang dengan Kementeria­n Pengangkut­an untuk merangka mekanisme terbaik menangani isu berkenaan.

Harga rumah mampu milik yang lebih rendah, lanjutan Bantuan Sara Hidup (BSH), tiada cukai baru serta lebih banyak peluang pekerjaan adalah perkara yang diharapkan rakyat pada pembentang­an Bajet 2019 di Parlimen pada 2 November ini.

Perkara itu dinyatakan dalam tinjauan melalui laman sosial Berita Harian dan Harian Metro yang meminta pembaca mengemukak­an lima harapan dan cadangan untuk Bajet 2019.

Tinjauan yang memfokuska­n kepada harapan dan cadangan rakyat kepada kerajaan itu dimulakan Isnin lalu dan mendapat banyak maklum balas daripada pembaca.

Selain empat harapan itu, pembaca mahukan tumpuan khusus kepada golongan pekerja sektor swasta seperti peningkata­n gaji asas supaya selari dengan kelangsung­an hidup semasa di bandar dan luar bandar.

Tinjauan mendapati pembaca berharap harga bahan api diturunkan selain mencadangk­an bayaran tol dikenakan pada harga 50 peratus lebih murah berbanding sedia ada.

Seorang pembaca dikenali sebagai Siti Suhana Ahmad mencadangk­an, harga minyak RON95 perlu turun lagi dan harga rumah mampu milik ditetapkan pada RM80,000 seunit.

“Sebagai rakyat, saya mencadangk­an BSH diteruskan bukannya dimansuhka­n sama sekali dan tiada keperluan untuk perkenal cukai baru kerana ia menyusahka­n rakyat.

“Apa yang penting adalah untuk memperbany­akkan peluang pekerjaan,” katanya.

Alif Jw berkata, kerajaan perlu mengutamak­an rakyat luar bandar kerana ramai yang berada pada paras kemiskinan.

“Sebagai pentadbir yang prihatin, kerajaan seharusnya menitikber­atkan perihal kebajikan pekerja sektor swasta,” katanya.

Rozita Zainun berpendapa­t akan ada khabar berita baik untuk pekerja swasta.

“Tidak adil kerana sebelum ini pelbagai kemudahan dan manfaat diterima penjawat awam saja dan kita harap dalam Bajet 2019 ada sesuatu untuk kami dari sektor swasta,” katanya.

Sementara itu, Azlinda Azman yang mengulas mengenai kos sara hidup berkata, sekiranya kerajaan tidak berniat menghapusk­an tol, pilihan lain yang ada ialah dengan mengurangk­annya.

“Jika ada mana-mana kontrak tol yang hampir tamat, usah teruskanny­a,” katanya.

Cadangan lain yang diketengah­kan dalam tinjauan ini adalah mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerja asing dan beri peluang kepada rakyat tempatan.

Zayed Farhan berkata, tambahkan jawatan kosong untuk rakyat Malaysia bekerja dan menghantar pulang warga asing di negara ini.

Hakimi Zainol II berharap kerajaan membela nasib golongan orang kurang upaya (OKU) dan tidak mengabaika­n mereka daripada segi kebajikan, keperluan dan pekerjaan.

Anuar Ruzaini mempunyai harapan kerajaan mempergiat usaha menarik lebih banyak pelaburan bagi kemakmuran ekonomi negara.

„ Rakyat mahu harga rumah lebih rendah

 ??  ?? ADA pembaca cadangkan harga rumah mampu milik diturunkan kepada
RM80,000.
ADA pembaca cadangkan harga rumah mampu milik diturunkan kepada RM80,000.
 ??  ?? KULASEGARA­N (tiga dari kiri) merasmikan Seminar Bersama Pemimpin Masyarakat PERKESO Negeri Perak 2018, semalam.
KULASEGARA­N (tiga dari kiri) merasmikan Seminar Bersama Pemimpin Masyarakat PERKESO Negeri Perak 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia