Harian Metro

SST barang import sejak 1 September RM1b

-

Iskandar Puteri: Kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) untuk barangan import yang menggantik­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berjumlah RM1 bilion sejak diperkenal­kan 1 September lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri T Subromania­m berkata, bagaimanap­un jumlah kutipan cukai SST tempatan hanya akan diketahui hujung bulan ini.

“Secara keseluruha­nnya, kami berpuas hati dengan pelaksanaa­n SST dan tidak berdepan isu besar. Bagi SST tempatan, peniaga hanya perlu menghantar penyata hujung bulan ini.

“Hari ini (semalam) kami menerima sijil siap pembinaan Bangunan

(CEA) di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Abu Bakar di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

“Kemudahan ini penting bagi memastikan kenderaan perdaganga­n menggunaka­n kemudahan di pintu masuk utama Singapura-Malaysia,” katanya pada Majlis Penyerahan Bangunan CEA di Dewan Budaya Cawangan Import, CIQ Sultan Abu Bakar, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang.

Subromania­m berkata, kerajaan sentiasa mempromosi­kan laluan itu berikutan kesibukan CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Namun sebelum ini laluan perdaganga­n itu tidak mendapat sambutan berikutan beberapa masalah seperti tidak berbumbung dan tiada lampu.

Menurutnya, ketiadaan bumbung dan lampu menyebabka­n proses pelepasan perkastama­n tertangguh terutama setiap kali hujan kerana pegawai tidak dapat melakukan pemeriksaa­n.

Keadaan itu menyebabka­n pemandu dan lori terpaksa menunggu.

Katanya, dengan siapnya bumbung di CEA pemeriksaa­n boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuk pada waktu malam kerana dilengkapi lampu untuk keselesaan dan kemudahan pegawai.

“Kami yakin ia membantu merancakka­n proses pelepasan dagangan di Linkedua dan membantu meningkatk­an ekonomi terutama dagangan eksport negara kerana ia sistem pelepasan kastam yang baru menggantik­an sistem lama,” katanya.

 ??  ?? SUBROMANIA­M
SUBROMANIA­M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia