Harian Metro

Tak sabar berlakon dengan Nana, Fikry

-

Zulin berharap kemunculan di TV jadikannya relevan dalam industri

“Saya seronok memenuhi undangan penganjur luar termasuk syarikat korporat untuk jadi pengacara. Disebabkan itu, saya lebih fokus kepada tawaran sebegini sebagai sumber pendapatan.

“Lebih baik fokus kepada tawaran yang ada depan mata berbanding tawaran tidak pasti. Bagaimanap­un, jangan risau, saya masih ‘bernyawa’ dalam industri seni tanah air,” katanya.

Perkembang­an lain,

Zulin akan terbabit dengang penggambar­an drama Cekelat Semanis Honey yang turut dibintangi Fikry Ibrahim dan Siti Nordiana.

Teruja dengan projek itu, Zulin mengakui lakonan antara kerja yang diutamakan buat masa sekarang. Ini kerana menerusi cabang seni, dia berharap kemunculan­nya di kaca TV terus menjadikan­nya relevan dalam industri.

“Tak sabar mahu berlakon di samping Nana dan Fikry. Selepas ini, saya akan terus mencari peluang membintang­i drama selain meneruskan karier pengacaraa­n,” katanya.

Dalam pada itu, Zulin terkilan apabila banyak pihak masih berdegil dan memanipula­sikan gambarnya untuk mempromosi­kan produk kurus.

Tegas Zulin, sudah berkali-kali amaran diberi namun hal itu masih berulang.

Disebabkan itu, dia bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada yang menggunaka­n fotonya.

“Saya tidak faham dengan pihak yang sesuka hati menggunaka­n foto saya tanpa kebenaran dan menjadikan testimoni. Padahal, saya tidak pernah bersetuju dikaitkan dengan produk yang dijual.

“Saya pandang serius perkara ini kerana ia menjejaska­n reputasi saya. Saya akan failkan saman terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan selepas ini.

“Ikutkan saya malas naik turun mahkamah untuk kes sebegini tetapi mereka perlu diberi pengajaran,” katanya. - Georgie Joseph

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia