Harian Metro

Timba ilmu keusahawan­an

-

FESKUM 2018 platform rai graduan dengan pelbagai aktiviti, program menarik

kehidupan warganya.

“Persiapan bagi menjayakan FESKUM

2018 berjalan lancar. Saya berharap masyarakat dapat meluangkan masa bagi mengunjung­i gerai yang dibuka dan mendekati warga UM.

“Kami juga melantik

350 mahasiswa UM untuk membantu memantau setiap aktiviti dan program yang disediakan,” katanya yang juga pelajar tahun empat, Fakulti Pendidikan itu.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Mekanikal, Muhammad Luqman Mohamad Sabri, 20, pula berkata, kali kedua menyertai FESKUM melalui projek Royale Bistro memberi banyak kebaikan kepadanya.

Jelasnya, selain meningkatk­an kemahiran insaniah, dia turut mempelajar­i ilmu keusahawan­an.

“Projek Royale Bistro ialah satu projek di bawah kelab keusahawan­an di mana visi untuk melahirkan mahasiswa yang menceburi dalam bidang berkenaan.

“Antara ilmu yang dipraktikk­an ialah bagaimana untuk memulakan sesuatu perniagaan dan berani mengambil peluang atau risiko.

“Saya turut diberi pendedahan berkenaan bagaimana bekerja dalam sesebuah organisasi,” katanya.

Katanya, kemahiran insaniah juga menjadi perkara yang sangat penting selain dapat melatih kemahiran berkomunik­asi kerana diperlukan untuk menarik pelanggan datang ke gerai.

“Keyakinan diri dapat ditingkatk­an, kerana saya berhadapan dengan pelbagai situasi yang baharu dan secara tidak langsung mengajar untuk lebih bersedia menghadapi cabaran lebih sukar pada masa akan datang,” katanya.

Di samping itu, Setiausaha FESKUM 2018, Michelle Chin Loke Ee,

23, berkata, FESKUM

2018 mempunyai empat program utama iaitu UMAYESCAPE, Malam Kerohanian Islam

2018, Larian Panda dan e-Sukan.

“Keempat-empat program ini adalah acara utama yang dirancang sejak lima bulan lalu. Ia mempunyai sasaran komuniti tersendiri kerana kami menyedari warga UM dan penduduk di sekitar universiti ini mempunyai latar budaya yang pelbagai dan minat masingmasi­ng,” katanya.

 ??  ?? NUR ZULHAFIZAH di samping gegantung FESKUM 2018.
NUR ZULHAFIZAH di samping gegantung FESKUM 2018.
 ??  ?? ROZAINI
ROZAINI
 ??  ?? MUHAMMAD Luqman
MUHAMMAD Luqman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia