Harian Metro

Agih 750,000 pek susu kepada murid miskin

-

Kanak-kanak dalam kalangan kurang berkemampu­an terus diberi perhatian khusus dalam penjagaan nutrisi yang lengkap.

Sejajar keperluan itu, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) meraikan Hari Susu Sedunia dengan pembahagia­n 750,000 pek susu kepada murid sekolah rendah dari kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Pengarah urusannya Tarang Gupta berkata, Dutch Lady Malaysia komited menyokong agenda Kementeria­n Pendidikan (KPM) dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) bagi mencapai misi memperkasa­kan status nutrisi dalam kalangan generasi muda.

Katanya, hasil daripada kajian bebas yang dijalankan, majoriti kanak-kanak Malaysia menderita akibat kekurangan vitamin D walaupun negara kaya dengan sumber Matahari. Mereka juga didapati kurang melakukan aktiviti fizikal seterusnya tidak mendapat bekalan nutrisi mencukupi.

“Dutch Lady Malaysia menyedari satu daripada isu yang dibangkitk­an adalah faktor kemiskinan.

“Sebagai syarikat pengeluar produk tenusu dipercayai, kami mengambil inisiatif menyumbang pek susu penuh khasiat kepada kanak-kanak terutama mereka yang tinggal di Flat PPR selama tiga tahun,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 2018 di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bonus, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis itu disempurna­kan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Turut hadir, Ahli Parlimen Setiawangs­a, Nik Nazmi dan Timbalan Pengarah (Sekolah), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Pesol Md Saad.

Tarang berkata, sumbangan itu menjadi sambutan berganda buat Dutch Lady Malaysia kerana tahun 2018 adalah ulang tahun ke-55 syarikat berkenaan dalam membekalka­n nutrisi berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia.

“Menerusi sambutan tahunan ini Dutch Lady Malaysia terus aktif menganjurk­an aktiviti dan sumbangan berkaitan meningkatk­an kesedaran berkenaan kepentinga­n nutrisi dalam kehidupan manusia terutama kanakkanak.

“Sambutan tahunan ini menyediaka­n peluang terbaik bagi menerapkan mesej kepentinga­n menjaga tabiat makanan yang sihat bagi tujuan kekal sihat dan cerdas,” katanya.

 ??  ?? TEO (belakang empat dari kanan) dan Tarang (belakang empat dari kiri) merasmikan Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 2018.
TEO (belakang empat dari kanan) dan Tarang (belakang empat dari kiri) merasmikan Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia