Harian Metro

Meja kopi daripada bahan terbuang

-

Bagi memanfaatk­an tayar, botol, tin dan kayu kerusi dari terbuang warga Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tasik menzahirka­n idea kreatif dengan menghasilk­an produk berasaskan bahan berkenaan.

Tiga jenis reka bentuk meja kopi berjaya dihasilkan yang diberi nama Woody Sparklin Coffee Table, Aluminium Sparkling Coffe Table dan Plastic Sparkling Coffe Table.

Satu daripada tiga jenis meja itu, Aluminium Sprakling Coffee Table menjadi pilihan pelanggan apabila terjual lebih 30 meja.

Guru pembimbing, Norshafina­z Ab Latif berkata, produk itu dihasilkan ahli Kelab Inovasi dan Rekacipta yang dikenali sebagai Skuad Inovasi terdiri daripada lima murid tahun 5 serta 6.

Katanya, produk itu berpotensi menjadi sumber pendapatan Kelab Inovasi dan Rekacipta jika dipasarkan kerana kos pembuatann­ya sangat rendah.

“Kami mengetenga­hkan produk yang boleh membantu mengurangk­an jumlah sisa buangan di tapak pelupusan sampah.

“Pada masa sama, bahan terbuang itu dipelbagai­kan penggunaan­nya, tapi bentuk asal masih dikekalkan selain menjadi pengganti kepada pembelian produk baru.

“Kami berjaya menjual lebih kurang 30 meja sejak produk ini diperkenal­kan kepada komuniti setempat,” katanya.

Katanya setiap tempahan meja dilakukan setiap Rabu ketika perjumpaan kelab dan persatuan di sekolah, justeru setiap produk mengambil masa sekurangku­rangnya tujuh hari waktu bekerja untuk disiapkan.

Lebih membanggak­an, produk berkenaan bakal menyertai Pertanding­an Inovasi anjuran Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) pada 30 Oktober ini.

 ??  ?? BAHAN yang digunakan untuk menghasilk­an meja kopi.
BAHAN yang digunakan untuk menghasilk­an meja kopi.
 ??  ?? GURU pembimbing menunjukka­n salah satu meja yang dihasilkan.
GURU pembimbing menunjukka­n salah satu meja yang dihasilkan.
 ??  ?? ANTARA meja yang dihasilkan Skuad Inovasi.
ANTARA meja yang dihasilkan Skuad Inovasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia