Harian Metro

Ketika hujan

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Buntu memilih pakaian untuk digayakan adalah masalah biasa yang dihadapi kebanyakan individu terutama pada waktu pagi. Malah, kerisauan itu pastinya bertambah pada hari hujan kerana beberapa perkara perlu diambil kira demi keselesaan sepanjang hari.

Untuk itu, Gen Y kongsikan tiga item wajib dibawa bersama dan dipakai ketika cuaca hujan terutama bagi mereka yang gemarkan gaya lebih kasual :

1. TOPI

Aksesori ini salah satu pelengkap gaya seseorang dan tiada siapa boleh menyangkal kepentinga­nnya ketika berada di bawah sinaran matahari.

Namun, pastikan ia juga menjadi teman karib ketika musim hujan kerana ia sedikit sebanyak dapat mengelakka­n mengelak diri anda diserang demam.

Sebagai persediaan, simpan ia di dalam beg yang sering digunakan untuk ke kuliah, tempat kerja atau ketika keluar bersantai.

Nampak remeh tetapi topi amat penting kerana boleh menggantik­an payung jika anda terlupa untuk membawanya semasa hari hujan.

2. LEGGING

Seluar ini tidak lagi sinonim dengan aktiviti kecergasan sebaliknya menjadi pilihan untuk disuai padan dengan pelbagai pakaian.

Malah, pemakaian legging boleh menjadi alternatif bagi mereka yang sudah bosan menyarung celana denim.

Namun, tahukah anda legging adalah pilihan ideal untuk dipakai ketika musim hujan kerana fabriknya yang berupaya memerangka­p haba. Jadi, ia akan memberi keselesaan kepada anda untuk bergerak walaupun dalam keadaan sejuk.

3. JAKET

Cuaca panas tentunya menjadikan anda berfikir panjang untuk memakai jaket terutama jika kebanyakan masa dihabiskan di tempat terbuka.

Namun, jaket adalah pilihan ideal untuk dipakai ketika hujan jadi inilah masa untuk anda menggayaka­nnya lebihlebih lagi jika sekian lama membiarkan­nya dalam almari.

Denim tentunya menjadi pilihan ramai namun anda juga mempunyai beberapa pilihan lain contohnya jaket bomber.

Jangan khuatir mengenai pilihan pakaian yang sesuai untuk dipadankan dengan jaket kerana anda sendiri maklum bahawa ia boleh dipakai dengan apa jua outfit sekalipun.

Lagipun, jaket adalah item fesyen yang sentiasa relevan dan tidak akan lapuk ditelan zaman!

 ??  ?? SELUAR legging sesuai dipakai ketika hujan kerana keupayaann­ya untuk memerangka­p haba.
SELUAR legging sesuai dipakai ketika hujan kerana keupayaann­ya untuk memerangka­p haba.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia