Harian Metro

‘Seperti orang normal apabila dalam air’

- DARI MUKA H49

“Seluruh anggota badan, kaki dan tangan lemah. Tidak ada satu pun yang boleh bergerak melainkan kerdipan mata. Hanya Allah SWT yang tahu bagaimana perasaanny­a saat menyedari diri menjadi kaku.

“Dunia bagaikan berputar tanpa henti. Segala nikmat diragut, hati dan perasaan hancur berkecai. Sukar untuk saya terima hakikat diri lumpuh. Sedangkan saya seorang yang begitu aktif dalam sukan di sekolah, sukakan cabaran, aktiviti lasak serta mudah teruja setiap kali menyertai program luar,” katanya.

Lama dia mengambil masa untuk pulih daripada kecederaan emosi yang dialami. Daripada seorang yang lincah, Nurul Fathiah bertukar murung, tertekan, dihimpit putus asa dan mula hilang keyakinan diri.

Biarpun pahit, kehidupan masih diteruskan. Sokongan keluarga dan rakan banyak membantu wanita ini menerima keadaan diri. Dia berusaha menjalani hidup normal biarpun dihalangi banyak rintangan.

“Sudah lama saya tahu mengenai selam skuba dan beranggapa­n ia aktiviti untuk orang normal saja. Saya tidak pernah tahu OKU seperti saya boleh menyelam skuba.

“Kemudian, kawan,

Tuan Haji Syed (Pengarah dan Ketua Jurulatih Kids Scuba Syed Abd Rahman Syed Hassan) serta anggota DIVEHeart Malaysia memperkena­lkan sukan ini kepada saya.

“Melihat ramai rakan senasib turut menyertai sukan ini, saya nekad untuk turut serta, sekali gus mempelajar­i ilmu dan mendalami kemahiran selam skuba,” katanya.

Untuk permulaan, Nurul Fathiah mengenal latar belakang DIVEHeart sebagai organisasi yang bekerjasam­a dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Mungkin sudah rezeki, saya dipilih oleh Pusat

Rehab PPUM dan dilatih Tuan Haji Syed, selaku

Duta DIVEHeart Malaysia dan ketua jurulatih PADI Adaptive Techniques Speciality. Pihak PADI pula menyokong dengan memberi tajaan kepada OKU yang dilatih khas beliau,” katanya.

Nurul Fathiah sertai selam skuba untuk kembalikan semula keyakinann­ya

MENCABAR KEYAKINAN

Bercerita mengenai pengalaman­nya sewaktu baru hendak bermula, Nurul Fathiah mengakui berdepan sedikit kesukaran kerana perlu menumpukan pernafasan melalui mulut saja.

“Itu pun tidak lama. Selepas beberapa kali, saya mula selesa. Apa yang penting, saya berasa seperti orang normal apabila berada di dalam air. Tubuh juga lebih ringan berbanding kebiasaan.

“Sepanjang mengikuti latihan ini, saya diajar perkara asas, cara untuk masuk ke dalam air, mengimbang tubuh dan menyesuaik­an diri dengan persekitar­an. Latihan OKU juga berbeza dengan orang normal kerana mengambil masa panjang iaitu kira-kira empat bulan berbanding seminggu.

“Bagi diri saya yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah, latihan bergantung sepenuhnya kepada tangan. Jadi, saya perlu lebih bersedia dan peka,” katanya.

Ditanya mengapa memilih selam skuba, ringkas jawapan Nurul Fathiah. Dia mahu mencabar diri dan mengembali­kan rasa yakin yang hilang sejak 15 tahun dulu.

“Sokongan mak, ayah dan keluarga tidak pernah putus. Merekalah yang selalu memberi kata-kata semangat untuk saya terus yakin pada kebolehan diri.

“Saya bersyukur kerana sukan ini mengubah dan memberi harapan kepada diri. Selam skuba menyuntik semangat kembali dalam diri. Saya harap, lebih ramai OKU berpeluang menceburi sukan ini pada masa depan.

“Begitu juga dengan kemudahan OKU di pulau peranginan, saya harap mereka sedia menawarkan perkhidmat­an terbaik untuk kegunaan orang seperti saya,” katanya yang berterima kasih kepada kru dan pakar fisioterap­i PPUM yang banyak memberi sokongan.

 ??  ?? MENGIKUTI latihan asas untuk mempersiap­kan
diri ke pulau.
MENGIKUTI latihan asas untuk mempersiap­kan diri ke pulau.
 ??  ?? MENDENGAR taklimat.
MENDENGAR taklimat.
 ??  ?? DIBANTU mengenakan peralatan skuba.
DIBANTU mengenakan peralatan skuba.
 ??  ?? SESI latihan di kolam renang.
SESI latihan di kolam renang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia