Harian Metro

Miliki tekstur, rasa seimbang

- DARI MUKA H49

“Berikutan itu, saya beranikan diri menceburi beberapa perniagaan, termasuk menjadi stokis produk dan membuka kedai serbaneka untuk jenama pengeluar produk popular di Kuala Lumpur.

“Lima tahun berjauhan dengan suami dan keluarga, saya akhirnya mengambil keputusan menutup kedai dan kembali ke pangkuan keluarga dengan pelan perancanga­n perniagaan baru,” katanya.

Tidak pernah menyesali keputusan yang dibuat, Ruzaimah sebaliknya bersyukur kerana kepulangan­nya ke JB diiringi rezeki lebih besar dan bermakna. Sekian lama menanti zuriat, dia dikurniaka­n seorang anak angkat yang kini sudah pun berusia lima tahun.

BERMULA KEMBALI

Lama juga Ruzaimah menumpukan perhatian kepada si kecil kesayangan. Selepas itu, dia mengatur kembali langkahnya dalam dunia pekerjaan. Kali ini, anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik ini memilih bidang pemasaran sebagai perunding kewangan dan insurans.

“Saya tidak duduk diam. Sambil itu, saya menjual bubur di tepi jalan kerana lebih berminat kepada perniagaan yang kita boleh nampak aliran keluar masuk tunai setiap hari.

“Pernah juga kena kejar dengan anggota majlis perbandara­n, tetapi semangat berniaga tidak pernah hilang. Saya juga pernah tular kerana menjual roti pelangi. Ramai yang menempah dari seluruh negara, namun akhirnya saya terpaksa tutup kerana tempahan sukar dikendalik­an, selain terdapat masalah tertentu,” katanya.

Bermulanya episod sambal belacan kata Ruzaimah, adalah dari hobinya yang suka memasak dan menjamu orang. Kebetulan dalam keluarga pula memang semua adikberadi­knya mempunyai perniagaan sendiri.

“Kami sekeluarga bukanlah orang senang. Malah, mungkin lebih tepat dikategori­kan sebagai miskin bandar. Kakak menjual jamu buatannya sendiri, ada juga wangian dan banyak lagi. Semuanya berusaha gigih untuk membantu ekonomi keluarga. Jadi, saya mula mencari jalan untuk turut memiliki perniagaan sendiri.

“Suatu hari, saya dan rakan merancang majlis jamuan. Selain menu utama, saya juga bawa sambal belacan. Selepas kawan merasainya, mereka mula menempah. Mungkin kerana saya menggabung­kan tiga gaya masakan dari Indonesia, Thailand dan Jawa, mereka kata rasa sambal belacan itu unik

Ruzaimah gabung 3 gaya masakan

dari Indonesia, Thailand dan Jawa

serta sedap.

“Mungkin sudah tersurat rezeki, saya akhirnya menerima tempahan demi tempahan setiap minggu. Saya namakan resipi ini sebagai Sambal Belacan Tumbuk dan mula mengusahak­an perniagaan dengan bantuan ibu,” katanya.

Ruzaimah berkata, sambal belacan dihasilkan memang unik kerana mempunyai tekstur dan rasa yang seimbang. Selepas versi limau kasturi laris dijual, dia menghasilk­an pula sambal belacan tempoyak dan pelam muda.

“Alhamdulil­lah, hampir setahun dalam pasaran, saya begitu teruja kerana berjaya mendapat tempat di hati ramai pelanggan seluruh negara termasuk dari Singapura. Saya juga sudah mempunyai 200 ejen pesan hantar (drop ship) di seluruh negara.

“Saya anggap ini adalah rezeki selepas bangkit daripada masa lalu. Perceraian dengan bekas suami memberi tamparan buat diri, namun mustahil untuk saya terus mengalah dalam hidup.

“Apa yang berlaku sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk saya melakukan yang terbaik dalam hidup. Saya punya anak yang masih kecil dan ibu untuk ditanggung. Jadi, ada eloknya jika saya terus fokus kepada perniagaan.

“Lagipun, emak memang banyak membantu sejak awal. Setiap kali adanya tempahan pada awal permulaan dulu, emaklah yang membantu saya menumbuk sambal. Sokongan dan restu emak sentiasa ada untuk saya.

“Cuma sekarang, saya pesan pada emak supaya berehat saja kerana umurnya kian meningkat. Keupayaan emak juga kian berkurang. Saya hanya minta emak doakan setiap hari supaya rezeki berpihak kepada kami dan dipermudah­kan urusan,” katanya.

Selain emak, Samsiah Mohamad, 67, wanita ini juga bertuah kerana sentiasa dikeliling­i ramai sahabat dan rakan usahawan yang tidak pernah lokek ilmu untuk memberi tunjuk ajar mahupun cadangan.

Kehadiran insan berhati mulia di sampingnya dianggap sebagai penguat untuk Ruzaimah mendepani cabaran dalam dunia perniagaan. Tambahan, bukan dia saja yang mengkomers­ialkan sambal belacan.

“Ada banyak jenama sambal, termasuk yang memang sudah dikenali sejak zaman-berzaman. Kadangkala, orang bezakan harga dengan jenama sedia ada dan mempersoal­kan, kenapa mahal?

“Saya percaya, bagi yang sudah merasa, mereka sendiri tahu mengapa harga yang ditawarkan tinggi sedikit daripada jenama di pasaran. Tekstur sambal tumbuk, rasa unik, bahan berkualiti dan pembungkus­an dijamin bersih. Semua ini tidak ada pada kebanyakan produk di pasaran.

“Jika ada peluang untuk terus berkembang dalam skala lebih besar, mungkin saya akan melangkah lebih jauh. Buat masa ini, pembuatan dilakukan di kilang kecil dan hanya babitkan tiga pekerja,” katanya.

Pesan Ruzaimah buat wanita, tidak kira apa pun jenis perniagaan yang hendak diceburi, amalkan disiplin dan sikap bersungguh-sungguh. Biarpun suami mampu memberikan segalanya, namun tidak bermakna wanita harus menjalani hidup selesa dan bergantung penuh kepada poket pasangan sematamata.

“Berniagala­h. Tidak kira walau sekecil atau sebesar mana sekali pun. Biar ada wang untuk poket sendiri dan mampu menghulur kepada ibu ayah di kampung. Ketepikan sifat malu dan penat. Jika tidak usaha, hasilnya tidak akan menjelma,” katanya.-Intan Mas Ayu Shahimi

 ??  ?? RUZAIMAH menunjukka­n sambal belacan yang dihasilkan.
RUZAIMAH menunjukka­n sambal belacan yang dihasilkan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia