Harian Metro

‘kerjaya ini menyeronok­kan’

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my MENYINAR JAGA PENAMPILAN

Bermula sebagai hobi kini Nur Edayu seorang MUA profesiona­l

Dari dapur ke pentas solekan. Terlalu jauh wanita muda ini menukar bidang karier. Dulu, Nur Edayu Baharudin, 31, adalah cef di hotel terkemuka di ibu kota. Namun, disebabkan kekangan masa menguruska­n kerja dan keluarga, dia melepaskan gelaran cef.

Hari ini Nur Edayu semakin dikenali dalam kalangan penggiat industri hiburan dan selebriti dengan nama El Manda Zuhairy. Menariknya, wanita ini tidak sekadar bermodalka­n berus dan alat solek semata-mata, tetapi banyak mengikuti kelas solekan mekap artis (MUA) ternama.

Kata Nur Edayu, dia bertuah kerana keluarga dan kenalan rapat banyak memberi dorongan dan sokongan untuk dirinya terus maju dalam bidang yang diceburi ini. Lebih dari itu, dia bersyukur dengan bakat yang dikurniaka­n Allah SWT.

“Jika melihat kelayakan akademik, memang saya mempunyai Diploma

Seni Masakan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Biarpun sayang meninggalk­an kerjaya sebagai cef, saya tetap gembira kerana berpeluang bergelar jurusolek profesiona­l,” katanya.

Menurut Nur Edayu, dengan bakat seni yang ada, dia berupaya mengolah perasan, jiwa dan fikiran kepada wajah kosong menerusi solekan.

“Saya dibesarkan sebagai anak tentera dan sudah terbiasa hidup berdikari. Minat kepada aktiviti lasak dan ekstrem juga tinggi, namun naluri sebagai wanita tidak pernah menidakkan minat saya kepada seni kecantikan.

“Dari situ, minat yang pada mulanya hanya hobi, bertukar menjadi karier utama. Saya memulakan kerjaya dalam bidang solekan pada 2013 dengan menata rias pelanggan yang mahu ke majlis makan malam, bertunang, hinggalah kepada pengantin.

“Bagi memantapka­n ilmu dan kemahiran solekan, saya ikuti kelas solekan MUA profesiona­l ternama antaranya Epie Temerloh, Sheila Mohamad, Suhaib Daud, Nuex Rosli, Rose JR, Khaibaha dan Alha Alfa. Selain itu, ada juga kelas dari MUA luar negara seperti Alessandro Alecantara (Brazil), Basslana (Thailand) dan Bima Chang (Indonesia),” katanya.

Jelas Manda, kerjaya sebagai seorang MUA profesiona­l cukup menyeronok­kan. Tatkala dirinya diberi tanggungja­wab besar untuk memastikan wajah pelanggan dirias cantik, dia lebih suka hasil tangannya nampak eksklusif, bertepatan tema, tempat dan acara.

“Saya sentiasa berpegang kepada prinsip, ‘beri jiwa pada wajah’. Pada saya, seorang MUA profesiona­l perlulah memiliki ilmu merias wajah yang betul. Sebagai tanda pengenalan diri saya, memang hasil mekap yang dibuat bersifat ‘beauty on the go’. Solekan minimalis memadai dengan hanya sedikit sentuhan popup di mata. Jika betul teknik dan gayanya, itu sudah cukup untuk menyerlahk­an kecantikan pada wajah pelanggan,” katanya.

Menyentuh susah payah membina jenama sendiri, kata Nur Edayu, dia melalui liku perjalanan yang panjang untuk sampai ke tahap sekarang. Banyak masanya dipertaruh untuk mengikuti pertanding­an solekan tidak kira sama ada di Malaysia mahu pun peringkat di antarabang­sa.

“Macam-macam genre mekap yang saya buat. Daripada ‘beauty’ sampailah ‘high fashion’, avant-garde dan kesan khas (sfx). Alhamdulil­lah, hasil solekan saya banyak yang menambat hati juri dan selalu mendapat tempat dalam pertanding­an.

“Saya juga pernah menjuarai cabaran mekap (dua muka) anjuran Persatuan Jurusolek Artis Bumiputera Malaysia (MBMUAA) di Ekspo Kecantikan Antarabang­sa. Dari situ, saya tersenarai sebagai peserta pertanding­an mekap avant-garde anjuran Internatio­nal Mastery Award di peringkat antarabang­sa.

“Menerusi pencapaian sebegini saya kian dikenali ramai dan mula mendapat tawaran kerja menata rias model terkemuka saluran televisyen, majalah, produk dan pelbagai lagi.

“Pada masa sama, ada juga tawaran menata rias selebriti terkenal tempatan untuk acara hiburan, penampilan media dan penggambar­an,” katanya.

Jika diputar kembali masa, Nur Edayu berkata, artis paling awal yang pernah disolek dulu adalah personalit­i rancangan, Dayah Bakar. Hari ini, dia selalu menjadi pilihan Sara Zulkifli dan Alif Satar.

“Cabaran sepanjang membina kerjaya tetap masa. Kadangkala kekangan masa dan kerja yang tidak menentu menyulitka­n saya. Dalam kebanyakan waktu, saya juga terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana seharian bersedia di lokasi penggambar­an.

“Namun, penyelesai­an yang ada hanya diri sendiri. Saya perlu bijak membahagik­an masa antara keluarga dan kerja. Sokongan keluarga selalu menjadi penguat semangat untuk terus maju ke depan.

“Bagaimanap­un, tidak dinafikan kerjaya sebagai MUA banyak meninggalk­an memori manis. Saya pernah dilantik sebagai jurucakap rasmi jenama pengeluar gincu antarabang­sa.

“Selebihnya, saya gembira apabila pelanggan berpuas hati dengan hasil solekan dan mahu terus mendapatka­n khidmat atau kerjasama di masa akan datang,” katanya.

Suatu hal yang mencuit hati, Manda mengakui suaminya selalu meneliti idea seni MUA lain yang dilihat menarik untuk dipelajari. Mungkin kerana adanya media sosial hari ini, suaminya lebih terbuka berkongsi idea setiap kali terlihat hasil kreativiti menarik.

“Suami juga selalu menghantar saya mengikuti kelas solekan untuk mempelbaga­ikan ilmu dan kemahiran. Dia juga rajin melanggan majalah luar negara untuk rujukan saya pada masa lapang.

“Selain bantuan suami dan keluarga, saya memang mengagumi hasil karya hebat daripada MUA profesiona­l negara iaitu Khir Khalid. Beliau menjadi inspirasi saya untuk berjaya sepertinya.

“Bagaimanap­un, saya harap dapat membina perniagaan seiring dengan profesion. Ramai tidak tahu potensi bergelar MUA profesiona­l. Kita perlu versatil dalam berkarya. Mintalah apa saja jenis solekan, MUA yang hebat pasti boleh buat.

“Itulah yang membezakan kemampuan dan kehebatan MUA. Selain itu, saya selalu mengingatk­an diri untuk menjaga penampilan dan imej tidak kita berada di mana kerana diri MUA adalah aset yang perlu dijaga,” katanya.

 ?? FOTO: ?? DATIN Diana Danielle turut mendapatka­n khidmat Manda.
FOTO: DATIN Diana Danielle turut mendapatka­n khidmat Manda.
 ??  ?? HASIL karya untuk solekan kesan khas
HASIL karya untuk solekan kesan khas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia