Harian Metro

Lahirkan qari, qariah

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Sudah lama pendakwah dan qariah terkenal

Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzama­n,

36, menyimpan hasrat mengusahak­an akademi alQuran untuk melahirkan generasi al-Quran yang mempunyai bacaan bermutu, berkualiti dan mampu membaca seperti qari serta qariah antarabang­sa.

Johan Tilawah AlQuran Antarabang­sa 2009 akhirnya mampu menarik nafas lega dan mengukir senyuman apabila Academy of Sharifatun­a Quranic Arts Sdn Bhd (ASQA) bertempat di Setapak, Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada 18 Oktober lalu.

“Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya dapat menubuhkan ASQA.

“Saya berasakan ini adalah anugerah terindah daripada Allah SWT apabila kita semua sebagai hambaNya amat menyanjung tinggi kitab suci sebagai panduan dalam hidup kita semua.

“ASQA mempunyai pelbagai cabang bidang untuk melahirkan generasi al- Quran yang mahir dalam bidang al-Quran, mahir dalam seni al-Quran apabila kita katakan seni al-Quran ini bukan sekadar melagukann­ya tetapi seni dalam mengeluark­an makhraj huruf dengan ketepatan bacaan, tajwid, fasohah, wakaf ibtida’ serta maqamat di dalam alQuran itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, ASQA dibuka kepada semua rakyat Malaysia mahupun luar negara serta buat sesiapa saja yang berminat untuk memperbaik­i bacaan al-Quran.

“Sesiapa saja termasuk mereka yang mahu menjadi ahli Al-Quran dan berminat mendekatka­n diri kepada al-Quran sekali gus menjadi VVIP Allah SWT .

“ASQA dibuka kepada semua individu berusia lapn hingga 80 tahun. Antara kursus yang ditawarkan adalah kursus tajwid al-Quran iaitu peringkat asas, pertengaha­n dan lanjutan (seni tarannum) serta kursus bahasa Arab komunikasi dan bahasa Arab al-Quran.

“Peringkat asas akan bermula dengan muqaddam dan juzu’ Amma manakala peringkat pertengaha­n serta lanjutan dengan seni tarannum ataupun ‘Quranic Arts’,” katanya.

Sharifah Khasif berkata, pada dasarnya peringkat ini guru akan mengajar atau menerangka­n cara terbaik bagaimana sebutan huruf dengan cara lughah Arabiyyah.

“Ini adalah satu matlamat kita supaya baca al-Quran dan sekali gus menghayati, sedap didengar dan menjadikan diri kita ini minat membaca al-Quran, salah satu caranya adalah mengimarah­kan al-Quran dengan memasukkan seni al-Quran di dalam bacaan.

“Selain saya, guru di ASQA berkualiti dan komited serta mahir dalamg seni al-Quran dan adalah pakar di dalam bidang masing-masing. Mereka

Akademi

tawar pengajian sepenuh masa dan penginapan disedia atas permintaan

ada pengalaman menjadi tilawah di pertanding­an al-Quran korporat dan kebangsaan di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, pelajar boleh memilih pengajian secara sepenuh masa dan pihaknya akan menyediaka­n penginapan atas permintaan mereka.

“Pengajian di ASQA bermula dari jam 10 pagi sehingga 5 petang untuk hari Isnin sehingga Khamis manakala pengajian hujung minggu bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 1 tengah hari.

“Pelajar boleh memilih pengajian mengikut kesesuaian kemahiran bacaan masing-masing, hari dan masa yang fleksibel,” katanya.

Dengan kemudahan akses Internet di ASQA, kemudahan pengajian alQuran secara dalam talian juga akan dijalankan untuk memenuhi permintaan pelajar yang berada di luar dari Kuala

Lumpur serta pelajar luar negara seperti

Singapura,

Indonesia,

Perancis,

London, Cape

Town dan Amerika Syarikat.

Sharifah Khasif yang pernah melahirkan album berjudul Al Husna dan kemudian tampil dengan album Tarannum yang memuatkan variasi bacaan lapan surah pilihan mengharapk­an ada dermawan akan terus menyokong serta membantu dari segi kewangan untuk ASQA terus mengembang­kan sayapnya ke seluruh Malaysia selain luar negara yang sangat kekurangan tenaga pengajar al-Quran yang mahir.

 ??  ?? Pengajian di ASQA bermula dari jam 10 pagi sehingga 5 petang untuk Isnin sehingga Khamis manakala pengajian hujung minggu bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 1 tengah hari
Pengajian di ASQA bermula dari jam 10 pagi sehingga 5 petang untuk Isnin sehingga Khamis manakala pengajian hujung minggu bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 1 tengah hari
 ??  ?? PEMINAT turut hadir meraikan majlis doa selamat dan kesyukuran ASQA.
PEMINAT turut hadir meraikan majlis doa selamat dan kesyukuran ASQA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia