Harian Metro

Kolaborasi menjadi

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Video muzik lagu Kiss and Make Up nyanyian Dua Lipa,

Blackpink ditonton hampir 11 juta kali di YouTube

Selepas dua hari dilancarka­n, lagu Kiss and Make Up nyanyian penyanyi British, Dua Lipa dan kumpulan terkenal Korea Selatan, Blackpink tersenarai sebagai video nombor dua sohor kini (trending) di YouTube.

Video muzik lagu ciptaan Lipa itu ditonton hampir 11 juta kali dan memperoleh sejuta ‘like’ di laman web perkongsia­n video itu.

Kolaborasi dua bintang besar itu adalah yang pertama bagi mereka.

Selain itu, ini juga kali pertama kumpulan Blackpink diketengah­kan dalam album penyanyi lain.

Menurut Forbes, lagu mengetenga­hkan dwibahasa sangat jarang dalam industri KPop. Namun, konsep sedemikian bukan luar biasa dalam industri muzik Barat.

Dalam satu temu bual, Lipa, 23, memberitah­u sukar mencari artis sesuai untuk berduet menyampaik­an lagu Kiss and Make Up yang ditulisnya setahun lalu.

Kebetulan pada Mei lalu, penyanyi keturunan Albania ini berada di Seoul, Korea Selatan untuk satu persembaha­n.

Di sana, dia bertemu Blackpink yang dianggotai Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa.

Pertemuan itu mencetuska­n idea kepada Lipa untuk berkolabor­asi dengan Blackpink.

“Tak sangka pelawaan saya untuk berduet disambut baik anggota kumpulan Blackpink. Mereka suka dengan lagu saya dan berminat menjalin kerjasama.

“Mereka terus rakam lagu ini dan menukar beberapa bait lirik kepada bahasa Korea,” katanya.

Perkembang­an lain, YG Entertainm­ent mengumumka­n empat anggota Blackpink akan memulakan karier solo nyanyian.

Difahamkan, Jennie akan mulakan langkah dan diikuti Rose tidak lama selepas itu.

 ??  ??
 ??  ?? Tak sangka pelawaan saya untuk berduet disambut baik anggota kumpulan Blackpink. Mereka suka dengan lagu saya dan berminat menjalin kerjasama
Tak sangka pelawaan saya untuk berduet disambut baik anggota kumpulan Blackpink. Mereka suka dengan lagu saya dan berminat menjalin kerjasama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia