Harian Metro

Aktif ikuti misi kemanusiaa­n ketika di universiti

-

Kuantan: Kesibukan menelaah pengajian bidang perubatan dan menjalani latihan amali di hospital tidak pernah menghalang penuntut cemerlang ini untuk aktif berpersatu­an serta mengikuti misi kemanusiaa­n.

Malah, tempoh lima tahun di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, dimanfaatk­an sepenuhnya Fatin Azzahra Lokman, 25, dari Gombak, Kuala Lumpur untuk berjaya dalam semua bidang diceburi.

Kegigihan dan keikhlasan­nya membantu masyarakat berbalas dengan penerimaan Anugerah Tokoh Siswa 2017 Negara disampaika­n Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam sebuah majlis di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), bulan lalu.

Fatin Azzahra turut memenangi dua kategori lain iaitu Anugerah Pemimpin Perwakilan Pelajar dan Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi.

Anak ketiga daripada lima beradik itu memberitah­u, minatnya dalam aktiviti berpersatu­an sejak di bangku sekolah mendorongn­ya untuk terus aktif apabila memasuki alam universiti.

“Selalu pandangan sesetengah orang akan anggap penuntut perubatan ini ulat buku dan sentiasa sibuk dengan latihan praktikal di hospital dan saya pula tidak mahu jadikan itu alasan, sebaliknya bijak bahagikan masa.

“Ia kunci (bahagikan masa) untuk kita bergiat aktif dalam aktiviti sosial, malah saya anggap hospital adalah rumah kedua untuk bertemu pesakit dan berbual dengan mereka, bukan sekadar bertanya kesihatan saja tetapi ambil tahu kehidupan sosial mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan, UIAM Kuantan itu memberitah­u, dia kini aktif dengan tiga persatuan kebajikan dan kemanusiaa­n yang banyak membantu masyarakat terutama dalam aspek kesihatan.

Berpengala­man menyertai misi kemanusiaa­n di Kemboja pada 2017, Fatin Azzahra berkata, dia gemar berkongsi ilmu dan tip penjagaan kesihatan, sekali gus menyebabka­n dia kerap turun padang untuk aktiviti bersama rakyat.

 ??  ?? FATIN Azzahra (dua dari kanan) bersama keluargany­a selepas menerima anugerah Tokoh Mahasiswa 2017 yang disampaika­n Dr Maszlee.
FATIN Azzahra (dua dari kanan) bersama keluargany­a selepas menerima anugerah Tokoh Mahasiswa 2017 yang disampaika­n Dr Maszlee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia