Harian Metro

Tembak peluru hidup

- Mohd Firdaus Ibrahim

„ 240 warga Palestin cedera ketika demonstras­i GRM

Seramai 240 warga Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak cedera ketika menyertai demonstras­i aman

(GRM) di sempadan Gaza-Israel.

Perkembang­an terkini itu didedahkan Penyelaras Media Aman Palestin di Gaza, Hamza Deirawi yang berkata, tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup ke atas peserta demonstras­i bagi menghalang pergerakan masuk ke wilayah haram Israel.

“Lebih 40,000 peserta menyertai demonstras­i Jumaat lalu. Seramai 240 cedera termasuk lebih 100 daripada mereka parah dan kini dirawat di beberapa hospital di seluruh Gaza.

“Bekalan ubat yang kritikal menyebabka­n sebahagian mangsa tidak mendapat rawatan sewajarnya. Kami perlukan bantuan rakyat Malaysia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Untuk rekod, GRM dilancarka­n penduduk Palestin yang tinggal di Semenanjun­g Gaza pada 30 Mac dan sepatutnya dijadualka­n berakhir 15 Mei lalu. Namun, ia diteruskan hingga kini pada setiap Jumaat.

Hamza ketika ditanya mengenai perkembang­an terkini serangan udara Israel berkata, hingga jam 8 pagi semalam (1 tengah hari waktu Malaysia), Semenanjun­g Gaza masih dikepung.

“Tentera Israel memenuhi kawasan sempadan dengan ratusan kereta kebal. Manakala di udara pula, puluhan dron milik kerajaan haram itu memenuhi ruang udara Gaza.

“Ada beberapa serangan udara kecil menyasarka­n kenderaan dilakukan menggunaka­n dron,” katanya.

Menjawab soalan wartawan, Hamza berkata, kepungan melalui kawasan darat dan kawalan udara dilakukan tentera Israel menunjukka­n permulaan peperangan terbaru akan tercetus pada bila-bila masa.

“Pejuang Palestin juga mendakwa akan membalas perbuatan kejam Israel. Manakala kerajaan Israel menegaskan akan membalas serangan pejuang Palestin.

“Berdasarka­n pengalaman saya, ia permulaan perperanga­n dan kami rakyat Gaza akan bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi apa saja kemungkina­n.

“Aman Palestin juga sentiasa memantau perkembang­an dan seperti biasa akan menghulurk­an bantuan yang disalurkan rakyat Malaysia kepada mereka yang memerlukan. Teruskan sokongan anda (rakyat Malaysia) terhadap kami, moga Allah membalasny­a,” katanya.

 ?? Hamza Deirawi ?? RIBUAN peserta demonstras­i Great Return March membanjiri sempadan Gaza-Israel.
Hamza Deirawi RIBUAN peserta demonstras­i Great Return March membanjiri sempadan Gaza-Israel.
 ??  ?? PEMUDA Palestin menghalang kawat berduri yang dibina Israel.
PEMUDA Palestin menghalang kawat berduri yang dibina Israel.
 ??  ?? Berdasarka­n pengalaman saya, ia permulaan perperanga­n dan kami rakyat Gaza akan bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi apa saja kemungkina­n”
Berdasarka­n pengalaman saya, ia permulaan perperanga­n dan kami rakyat Gaza akan bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi apa saja kemungkina­n”
 ??  ?? KERETA kebal Israel mengepung sempadan Gaza.
KERETA kebal Israel mengepung sempadan Gaza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia