Harian Metro

Tiga sindiket aktif perdaya orang ramai

-

Kuala Terengganu: Sindiket didalangi orang tempatan antara tiga kumpulan dikesan aktif menjalanka­n penipuan secara dalam talian di negeri ini, selain membabitka­n warga Afrika dan China.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, kegiatan dipelopori termasuk Macau Scam, e-Belian (jualan dalam talian), Love

Scam dan Parcel Scam, dengan modus operandi masih menerusi panggilan telefon dan media sosial.

“Berdasarka­n rekod, RM4.15 juta kerugian membabitka­n 172 kes dilaporkan di seluruh negeri bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

“Jumlah ini meningkat 28 peratus berbanding tempoh sama, tahun lalu iaitu sekitar 134 kes dengan jumlah kerugian RM1.71 juta.

“Daripada kes berkenaan, 98 membabitka­n penipuan Macau Scam, e-Belian (37 kes) dan Love Scam serta Parcel Scam masing-masing 37 kes,” katanya selepas Majlis Serah Terima Jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

Pada majlis itu, Superinten­dan Kamsani Hassan yang dahulunya Timbalan Ketua Polis Daerah Besut dilantik menjadi Ketua Jabatan Pengurusan Terengganu menggantik­an Superinten­dan Rosdi Shariff yang bersara wajib semalam.

Aidi berkata, golongan yang sering menjadi mangsa penipuan Love Scam adalah wanita bujang, manakala

Macau Scam pula terdiri daripada pelbagai latar belakang terutama mereka yang pernah ada hutang atau bil tertunggak.

“Saya nasihatkan orang ramai yang terima panggilan, jangan mudah percaya dan panik. Semak dulu kesahihan panggilan itu dengan pihak berkenaan.

“Nak tekankan di sini, polis tidak membuat panggilan kepada mana-mana orang awam begitu juga dengan pihak berkuasa lain atau bank.

“Jika ada sebarang kes, kami hantar surat untuk panggil individu berjumpa, bukan dengan menelefon dan meminta data peribadi yang jelas menyalahi undang-undang,” katanya.

 ??  ?? ROSDI (kiri) menyerahka­n dokumen kepada Kamsani sambil disaksikan Aidi (tengah) dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, semalam.
ROSDI (kiri) menyerahka­n dokumen kepada Kamsani sambil disaksikan Aidi (tengah) dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia