Harian Metro

Masak dulu sebelum minum

- Balqis Jazimah Zahari cnews@nstp.com.my

„ Kementeria­n Kesihatan tak dapat pastikan air paip selamat kerana risiko sudah lama, berkarat

“Saya tidak boleh memastikan air paip selamat untuk terus diminum, ia perlu dimasak terlebih dulu,” kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata, beberapa saluran air yang dilalui mungkin mempunyai risiko paip lama atau berkarat.

“Saya boleh katakan air yang keluar dari loji rawatan memang memenuhi syarat untuk boleh diminum, tetapi dari loji rawatan sehingga ke rumah pula melalui rangkaian pengedaran (saluran paip air) dan kita perlu dipastikan paip yang ada tidak mempunyai masalah.

“Ini kerana masih ada paip lama dan berkarat, jadi saya rasa lebih baik kita jangan minum secara terus dan dimasak terlebih dulu,” katanya ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung Baru MTD di parkir Tokong Na Tuk di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.

Kelmarin akhbar Berita Harian (BH) melaporkan rata-rata pelayar media sosial tidak bersetuju untuk terus minum air dari paip kerana meragui kualiti air yang sampai ke rumah mereka.

Sebelum ini, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar pada sesi persidanga­n Dewan Rakyat dilaporkan memaklumka­n air terawat yang dibekalkan kepada orang ramai di Malaysia mematuhi standard kualiti minimum yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan berdasarka­n Garis Panduan Kualiti Air yang dikeluarka­n Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) Datuk Mohd Ridhuan Ismail meng- esahkan sistem bekalan air di negara ini bersih dan selamat diminum secara terus malah bebas bakteria e-Coli.

Ipoh: Jaminan air paip di negara ini selamat untuk diminum dilihat bukan gambaran kepada keseluruha­n sumber dan punca bekalan air semasa, malah boleh dianggap tindakan yang memudaratk­an.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH) R Ramakrishn­an berkata, kenyataan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) yang mengesahka­n sistem bekalan air negara bukan saja bersih dan selamat diminum secara terus, tetapi bebas bakteria e-Coli diragui.

Katanya, mungkin ada beberapa sumber yang selamat, tetapi bukan semua sumber air bersih dan tidak tercemar, malah terdapat racun di beberapa kawasan bekalan air terawat.

“Di Cameron Highlands, kami (REACH) menjalanka­n banyak kajian air dan dapatan daripada kajian yang dijalankan amat menyedihka­n.

 ??  ??
 ??  ?? DR Lee
DR Lee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia