Harian Metro

Lebih baik keluar

- Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@nstp.com.my

Tan Sri Dr Chua Soi Lek mencadangk­an semua parti komponen Barisan Nasional (BN) keluar daripada gabungan itu kerana ia tidak lagi menjadi jenama pilihan rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bekas Presiden MCA itu berkata, BN kini menjadi parti yang tidak lagi diyakini rakyat disebabkan pelbagai isu dan krisis kepercayaa­n yang dihadapi gabungan itu.

Justeru, beliau berpendapa­t parti komponen BN, khususnya UMNO, MCA dan MIC perlu keluar serta berdiri sendiri bagi mengelak ahlinya terus berdepan masalah.

“BN bukan lagi satu jenama (pilihan rakyat). MCA kena terima hakikat dan perlu keluar untuk berdiri sendiri serta memikirkan langkah seterusnya selepas itu.

“MCA tidak boleh asyik membangkit­kan isu berasaskan kaum saja seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) saja, sekolah persendiri­an dan Sijil Peperiksaa­n Bersama (UEC).

“MCA patut membangkit­kan semua isu yang merentas pelbagai kaum kerana negara ini negara majmuk.

“Kes mahkamah dan salah guna kuasa semua pemimpin UMNO pula tidak akan membantu BN. Mereka dulu adalah kerajaan dan perlu bertanggun­gjawab terhadap kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB). Itulah akauntabil­iti.

“Kes membabitka­n pemimpin UMNO, (Datuk Seri) Najib (Razak) dan isteri (Datin Seri) Rosmah (Mansor) serta (Datuk Seri Dr) Ahmad Zahid Hamidi dan banyak lagi pemimpin semua ini menghakis keyakinan rakyat (kepada BN),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n buku biografiny­a

„ Soi Lek mahu parti komponen berdiri sendiri

di

 ??  ?? SOI Lek (kiri) pada pelancaran buku biografiny­a, semalam.
SOI Lek (kiri) pada pelancaran buku biografiny­a, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia