Harian Metro

Nasihat Hannah kepada Nurul Hidayah

-

Kuala Lumpur: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah harus melindungi anaknya di Internet.

Nasihat itu diberikan Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Masyarakat, Hannah Yeoh.

“Ibu bapa harus melindungi anak-anak mereka dan tidak membenarka­n video mereka disebarkan di Internet,” kata Hannah menerusi catatan di Twitternya, semalam.

Kenyataan itu dibuat selepas Nurul Hidayah menyiarkan video anaknya ‘memberi amaran’ di Instagram berhubung isu penahanan datuknya itu di lokap Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Video berdurasi 28 saat yang dimuat naik menerusi Instagram Nurul Hidayah itu menunjukka­n kanak-kanak berumur sembilan tahun itu berkata: “Kamu boleh mengunci datuk saya, tetapi bukan jiwa dan semangat juangnya. Kami adalah keluargany­a dan kami tidak akan berhenti berdoa untuknya.

“Saya akan buat hidup kamu tidak aman. Saya akan buat kamu menyesal. Ingat, saya berusia sembilan tahun dan adalah masa depan negara saya,” katanya yang memakai baju-T mirip pakaian lokap SPRM.

Video terbabit dirakam oleh penumpang hadapan di dalam kereta yang sedang bergerak.

Jumaat lalu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mengaku tidak bersalah dan mohon bicara di Mahkamah Sesyen di sini, atas 45 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram keseluruha­nnya bernilai RM114 juta.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarka­n Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta bagi semua pertuduhan.

 ?? Hannah Yeoh ?? Ibu bapa harus melindungi anak-anak mereka dan tidak membenarka­n video mereka disebarkan di Internet”
Hannah Yeoh Ibu bapa harus melindungi anak-anak mereka dan tidak membenarka­n video mereka disebarkan di Internet”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia