Harian Metro

62 kali khatam al-Quran guna WhatsApp

-

Shah Alam: Walaupun sudah tiga tahun bersama-sama mengerjaka­n rukun Islam kelima, hubungan sekumpulan jemaah haji tidak terhenti sebaik pulang dari Tanah Suci.

Malah hubungan mereka bertambah erat apabila berjaya khatam al-Quran sebanyak 62 kali melalui hubungan alam maya saja.

Pengerusi Kumpulan Jemaah Haji 11436 Hijrah Rayhar, Mohd Aizar Kamsah berkata, idea itu tercetus ketika kumpulan berkenaan khatam al-Quran di Madinah pada ibadah haji 2015.

Katanya, selepas pulang dari Tanah Suci, mereka mengadakan inisiatif untuk khatam secara kumpulan melalui WhatsApp.

“Jika mahu berjumpa agak sukar sebab ada jemaah tinggal di luar Selangor seperti Perak, Johor dan Terengganu. Jadi 70 orang daripada kami terdiri daripada pasangan suami isteri mengambil seorang satu juzuk.

“Lazimnya, kami mengambil masa dua minggu untuk khatam al-Quran. Jika pasangan itu mengambil juzuk pertama, untuk khatam seterusnya, mereka akan ambil juzuk kedua pula. Selesai satu juzuk mereka tandakan juzuk itu sudah selesai dibaca di WhatsApp.

“Selepas itu, jika ada kelapangan, kami berkumpul di Surau Bukit Jelutong untuk majlis khatam al-Quran dengan membaca surah lazim bersama Ustaz Dzulkarnai­n Hamzah dan Ahmad Rosli Ahmad Mokhtar yang membimbing kami ketika menunaikan haji dulu,” katanya pada Majlis Silaturrah­im dan Khatam Al-Quran 2018 di Surau Bukit Jelutong di sini, semalam.

Mohd Aizar berkata, setakat ini kumpulan itu sudah 62 kali khatam al-Quran dan sudah empat kali majlis sedemikain dilangsung­kan termasuk semalam.

 ??  ?? KUMPULAN jemaah merapatkan ukhuwah dengan mengadakan majlis khatam al-Quran di Surau Bukit Jelutong.
KUMPULAN jemaah merapatkan ukhuwah dengan mengadakan majlis khatam al-Quran di Surau Bukit Jelutong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia