Harian Metro

‘Kokurikulu­m’ malam minggu

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Mengisi waktu malam minggu dengan berlumba di lebuh raya menjadi aktiviti dua pelajar sekolah menengah, di sini.

Bagaimanap­un, mereka ditahan Unit Risikan Operasi (RO) Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), malam kelmarin.

Dalam Op Samseng Jalanan yang bermula jam 2 pagi itu, polis turut menahan empat lelaki berusia 18 dan 19 tahun yang leka berlumba dan melakukan aksi berbahaya di lebuh raya berkenaan.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, pihaknya menggiatka­n Op Samseng Jalanan di ibu kota hampir setiap malam minggu bertujuan mengekang kegiatan lumba haram dalam generasi muda terutama membabitka­n pelajar sekolah.

“Dalam operasi yang diketuai Asisten Superinten­dan Ahmad Fuad Mahmod itu, kami berjaya menahan enam lelaki berusia 16 hingga 19 tahun. Mereka berlumba sesama sendiri dan melakukan aksi ‘superman’ di Lebuhraya DUKE.

“Dua daripada mereka masih bersekolah manakala empat lagi tidak bekerja dan bekerja sebagai mekanik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, seorang daripada mereka yang berusia 18 tahun dan tidak bekerja dikesan menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu

„ Pelajar sekolah menengah isi waktu lapang dengan berlumba di lebuh raya

pada motosikaln­ya.

“Mereka yang ditahan kemudian dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur di Jalan Tun H S Lee untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkut­an Jalan 1987 manakala remaja yang menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu disiasat mengikut Seksyen 108 akta sama,” katanya.

Beliau berkata, walaupun kegiatan lumba haram dan mat rempit di ibu negara semakin berkuranga­n, masih ada segelintir remaja yang turut membabitka­n pelajar sekolah meneruskan aktiviti tidak berfaedah itu.

“Saya minta ibu bapa mengambil berat aktiviti anak mereka selain tidak membenarka­n anak masing-masing menunggang motosikal tanpa lesen,” katanya.

 ??  ?? ENAM lelaki berusia 16 hingga 19 tahun ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya DUKE selepas didapati berlumba sesama sendiri dan melakukan aksi Superman.
ENAM lelaki berusia 16 hingga 19 tahun ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya DUKE selepas didapati berlumba sesama sendiri dan melakukan aksi Superman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia