Harian Metro

SELARAS KATEGORI

- Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

„ MPMMN bakal diletakkan di bawah tanggungja­wab KPKT

Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) akan diletakkan di bawah tanggungja­wab Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, ia sejajar dengan langkah yang sedang diambil pihaknya ketika ini untuk meletakkan semua bahagian perumahan di bawah kementeria­n itu.

“Langkah ini dilakukan kerana kita nak merasional­isasikan kategori perumahan. Ini kerana terdapat terlalu banyak kategori berkaitan sehinggaka­n orang ramai keliru, malah saya sendiri turut keliru.

“Selain itu, ia juga untuk mengurangk­an kos pengurusan dan meningkatk­an kecekapan. Jadi, tidak akan berlaku banyak pertindiha­n peranan dan tugas oleh jentera kerajaan dalam menyediaka­n rumah mampu milik untuk rakyat,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan dan merasmikan pelancaran Rumah Selangorku (RSKU) Pangsapuri Gapura Bayu di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Bhd Mohammed Rashdan Mohd Yusof.

Penubuhan MPMMN diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu membentang­kan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat, pada Khamis lalu bagi menyelaras pengurusan perumahan mampu milik awam.

Sementara itu, Pangsapuri Gapura Bayu adalah projek perumahan RSKU pertama yang dibina sepenuhnya menggunaka­n sistem binaan berindustr­i (IBS) digital.

Projek yang terletak di Jade Hills, Kajang dan dibangunka­n oleh Gamuda Land itu dibina di atas tanah seluas 4.45 hektar dan menawarkan sebanyak 714 unit kediaman berkeluasa­n dari 700 kaki persegi hingga 1,000 kaki persegi membabitka­n harga di antara RM42,000 dan RM250,000 seunit.

Raja Kamarul Bahrin berkata, pihaknya memuji penggunaan sistem IBS digital dalam projek pembinaan Gapura Bayu itu apabila berjaya disiapkan 12 bulan lebih awal daripada projek strata biasa yang menggunaka­n kaedah pembinaan konvension­al.

“Hasilnya, sekurang-kurangnya 500 individu muda bersama keluarga mereka akan mendapat rumah baharu mereka siap lebih awal.

“Inilah contoh tahap kecekapan dan komitmen yang kementeria­n harapkan daripada pemaju swasta. Projek Pangsapuri Gapura Bayu ini sememangny­a menepati kerangka kemampanan Dasar Perumahan Negara,” katanya.

 ??  ?? PENGGUNAAN sistem IBS digital dalam projek pembinaan Gapura Bayu dilihat positif apabila berjaya disiapkan 12 bulan lebih awal.
PENGGUNAAN sistem IBS digital dalam projek pembinaan Gapura Bayu dilihat positif apabila berjaya disiapkan 12 bulan lebih awal.
 ?? Raja Kamarul Bahrin Shah ?? Jadi, tidak akan berlaku banyak pertindiha­n peranan dan tugas oleh jentera kerajaan dalam menyediaka­n rumah mampu milik untuk rakyat”
Raja Kamarul Bahrin Shah Jadi, tidak akan berlaku banyak pertindiha­n peranan dan tugas oleh jentera kerajaan dalam menyediaka­n rumah mampu milik untuk rakyat”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia