Harian Metro

Pilih 50 minuman

- Nabil Basaruddin cnews@nstp.com.my

„ Coca-Cola perkenal mesin dispenser unik pertama di Malaysia

Coca-Cola Malaysia memperkena­lkan mesin dispenser minuman dikenali sebagai Coca-Cola Freestyle yang pertama seumpamany­a diperkenal­kan oleh syarikat itu di negara ini serta kedua di rantau Asia.

Pengenalan mesin itu dilaksanak­an melalui kerjasama dengan mmCineplex­es yang menawarkan lebih 50 pilihan minuman.

Eksekutif Inovasi dan Pertumbuha­n Coca-Cola Malaysia, Lee Sook Yan berkata, dengan paparan skrin sentuh yang mesra pengguna, ia memberi pelanggan pengalaman minuman ringan hanya dengan beberapa langkah mudah.

“Pengguna dapat menikmati minuman Coca-Cola, Sprite, Fanta, Dasani dan A&W serta ia boleh dicampurka­n dengan perisa buah seperti ceri dan oren.

“Lebih menarik lagi, terdapat pilihan perisa baru yang boleh didapati seperti mangga dan laici yang mana ia adalah antara 15 pilihan eksklusif hanya di Malaysia.

“Antara minuman popular yang lain termasukla­h Sprite Zero Laici dan A&W Rootbeer Zero Ceri Vanila,” katanya pada majlis pelancaran Coca’Cola Freestyle di mmCineplex­es di sini.

Hadir sama, Pengarah Pemasaran dan Pembanguna­n Perniagaan mmCineplex­es, Jason Teo.

Sook Yan berkata, hanya dengan konsep suai dan padan, pelanggan boleh mencipta minuman eksklusif yang mereka idamkan.

“Mesin minuman ini turut menggunaka­n teknologi khas iaitu Teknologi PurePour bagi menggabung­kan semua ramuan serta Teknologi True Carb untuk pengkarbon­an,” katanya.

Menurutnya, pihak syarikat juga kini sedang dalam proses perbincang­an daripada pelbagai sektor perniagaan bagi membolehka­n mesin minuman ini mempunyai lebih banyak capaian kepada pengguna.

Sementara itu, Jason berkata, sebagai pawagam terkemuka di negara ini, pihaknya teruja untuk menjadi perniagaan pertama yang dapat menawarkan servis mesin minuman ini.

“Kini pengguna dapat menikmati lebih 50 pilihan air ‘sparkling’ dan minuman tanpa gas pada bila-bila masa termasuk lebih 30 pilihan rendah atau bebas kalori,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia