Harian Metro

Bioalpha, Jinrui jalin kerjasama strategik

-

Kuala Lumpur: Bioalpha Holdings Bhd (Bioalpha) menjalin kerjasama strategik bersama firma China, Jinrui Fortune Holding Group (Jinrui) dalam usaha pengeluar produk kesihatan itu mengukuhka­n eksport ke republik terbabit.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Bioalpha, William Hon Tian Kok berkata, kerjasama yang dimeterai anak syarikat milik penuhnya, Bioalpha Internatio­nal Sdn Bhd diyakini berupaya meningkatk­an lagi segmen eksport produk kesihatann­ya ke China.

Beliau berkata, ketika ini China dan Indonesia adalah pasaran eksport terbesar syarikat itu yang masing-masing mencatatka­n jualan sebanyak RM12.5 juta dan RM13.5 juta.

“Kerjasama yang dijalin dengan Jinrui melalui anak syarikatny­a, Jin Rui Yan De Tang Group bakal memacu pertumbuha­n pendapatan kumpulan sekaligus meningkatk­an lagi peratusan eksport ke China bermula suku pertama 2019.

“Untuk tahun kewangan 2017, Bioalpha mencatatka­n peningkata­n perolehan sebanyak 18.7 peratus kepada RM55.9 juta dan kami optimis ia dapat dipertingk­atkan tahun hadapan.

“Jinrui memiliki keupayaan dan kekuatan dari segi rangkai perubatan tradisiona­l Cina di sana, mengukuhka­n kehadiran kami di China dan menggalakk­an jualan produk kesihatan berasaskan herba.

“Bioalpha juga akan terbabit dalam projek Jinrui membangunk­an platform bersepadu Dewan Perubatan Tradisiona­l Jinrui di sana yang menjadi pusat setempat pemeriksaa­n kesihatan tradisiona­l dan jualan produk kesihatan,” katanya selepas Majlis Memeterai Persefaham­an (MoU) di antara Bioalpha dan Jinrui di sini.

Ia disaksikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Hadir sama ialah Pengerusi Bioalpha, Tan Sri Abdul Rahman Mamat dan Pengerusi Jinrui, Zhang Jia Yu.

Tian Kok berkata, pasaran produk kesihatan China dijangka merekodkan kadar pertumbuha­n purata terkumpul (CAGR) sebanyak 33.5 peratus kepada AS$221.6 bilion akhir tahun ini.

 ??  ?? SALAHUDDIN (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara Hon (dua dari kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan Jinrui, Yang Fan (dua dari kanan).
SALAHUDDIN (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara Hon (dua dari kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan Jinrui, Yang Fan (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia