Harian Metro

BURU AWANG HITAM

- AFP

„ Thailand lancar operasi kesan warga asing lakukan jenayah

Pihak berkuasa Thailand meningkatk­an operasi menahan warga asing terutamany­a orang kulit hitam kerana ramai terbabit dalam jenayah di negara itu termasuk berkaitan dadah dan penipuan.

Operasi yang dikenali sebagai ‘X-Ray Outlaw Foreigner’ itu dilancarka­n pada tahun lalu dan selepas dipertingk­atkan baru-baru ini, polis menahan lebih 1,000 warga asing yang majoritiny­a berkulit hitam.

Pihak berkuasa turut menolak tanggapan operasi itu menggunaka­n pendekatan berasaskan perkauman kerana mensasarka­n ‘orang berkulit gelap’, menyebabka­n pihak tertentu bimbang golongan mencari perlindung­an atau suaka akan turut ditahan.

“Tugas kami ialah menetapkan siapa orang berkulit gelap yang baik dan siapa yang mungkin melakukan jenayah,” kata Ketua Biro Imigresen, Surachate Hakparn.

Tegasnya, operasi itu bertujuan mengenal pasti mereka yang berada di Thailand melebihi tempoh visa dan menahan penjenayah khususnya penipuan cinta dengan menggoda penduduk tempatan yang kesunyian sebelum memperdaya dan mengambil wang mangsa.

Surachate memberitah­u, mereka yang terbabit dengan penipuan itu biasanya berasal dari Nigeria atau Uganda.

Awal bulan ini, pada permulaan operasi waktu malam di daerah Nana, 75 anggota polis berdiri mendengar taklimat.

“Sasaran disyaki ialah orang berkulit gelap. Pertama, kita periksa badan mereka kemudian pasport,” kata seorang pegawai.

Tidak lama selepas itu, mereka menahan beberapa suspek termasuk tiga orang dari Mali bagi menjalani ujian saringan air kencing.

Selepas operasi itu tamat, hampir 30 individu, separuh daripada mereka berkulit hitam ditahan berkaitan dadah dan hanya seorang saja berkulit putih iaitu warga Perancis yang didapati positif ganja.

Surachate berkata, Thailand menjadi tempat tinggal lebih 6,000 orang yang sepatutnya telah pulang ke negara asal.

 ??  ?? DUA lelaki warga Afrika yang ditahan untuk siasatan dalam operasi di daerah Nana di Bangkok, Thailand baru-baru ini. - AFP
DUA lelaki warga Afrika yang ditahan untuk siasatan dalam operasi di daerah Nana di Bangkok, Thailand baru-baru ini. - AFP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia