Harian Metro

Syukur kepada Allah: Bilionair Tanzania

-

Dar es Salaam, Tanzania: Seorang ahli perniagaan Tanzania, Mohammed Dewji bersyukur kepada Allah selepas sembilan hari diculik sekumpulan lelaki bersenjata di bandar ini.

Mohammed yang juga bilionaire termuda Afrika dibebaskan kelmarin selepas diculik ketika dalam perjalanan ke gimnasium di luar sebuah hotel di bandar ini pada 11 Oktober lalu.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana selamat. Saya juga berterima kasih kepada rakyat Tanzania dan semua di seluruh dunia kerana mendoakan saya.

“Terima kasih kepada pihak berkuasa Tanzania yang berusaha keras membebaska­n saya,” katanya melalui Twitter.

Ketua polis Dar es Salaam, Lazaro Mambosasa memberitah­u wartawan, penculik melepaskan tembakan ke udara sebelum mengheret Mohammed masuk ke dalam kenderaan mereka.

Mohammed mengetuai Kumpulan MeTL yang beroperasi di 10 negara dengan kepentinga­n dalam pertanian, insurans, pengangkut­an, logistik dan industri makanan.

Lelaki itu dengan kekayaan dianggarka­n AS$1.5 bilion (RM6.23 bilion) dilahirkan di Tanzania dan melanjutka­n pelajaran di Universiti Georgetown di Amerika Syarikat.

Dia pernah menjadi ahli parlimen dari 2005 hingga 2015.

Pada 2013, dia menjadi rakyat Tanzania menghiasi muka depan majalah Forbes dan dinamakan Tokoh Forbes Afrika Tahun Ini pada 2015.

Menurut Forbes, Mohammed berada di tangga ke-17 dalam senarai bilionaire Afrika.

Mohammed sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak. - Agensi

 ??  ?? MOHAMMED menghiasi muka depan majalah Forbes. - Agensi
MOHAMMED menghiasi muka depan majalah Forbes. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia