Harian Metro

Trump tetap teruskan perjanjian penjualan senjata dengan Riyadh

-

Elko, Nevada: Ketika negara Eropah, malah Amerika Syarikat sendiri mendesak Arab Saudi memberi penerangan lebih menyeluruh mengenai kematian Jamal Khashoggi, Presiden Donald Trump, menegaskan tidak akan memberhent­ikan perjanjian penjualan senjata dengan Riyadh.

“Kami mendapat tempahan bernilai AS$450 bilion (RM1.86 trilion) dengan AS$110 bilion (RM457 bilion) adalah tempahan ketenteraa­n membabitka­n peralatan dan pelbagai perkara lain dari Arab Saudi.

“Ia (perjanjian itu) membabitka­n lebih sejuta pekerjaan dan tidak membantu jika kami membatalka­n tempahan.

“Ia lebih menjejaska­n kami daripada mereka,” katanya sambil menambah Riyadh boleh membeli senjata dari negara lain, termasuk China dan Russia.

Jerman menyifatka­n penjelasan Arab Saudi mengenai kematian Khashoggi sebagai ‘tidak lengkap’ dan mempersoal­kan kewajaran sesebuah negara menjual senjata kepada Arab Saudi.

Perancis dan Kesatuan Eropah (EU) pula menggesa siasatan lebih mendalam bagi mencari punca kematian Khashoggi.

Trump sendiri berkata: “Tidak, saya tidak puas hati sehingga kita dapat jawapannya.”

 ??  ?? TRUMP
TRUMP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia