Harian Metro

55 maut bergaduh berebut pasar Fitnah Rohingya di Facebook

- Agensi

Abuja: Seramai 55 orang terbunuh minggu ini dalam pergaduhan antara penduduk Kristian dan Islam di utara Nigeria yang berpunca daripada pertikaian mengenai sebuah pasar, kata Presiden Muhammadu Buhari, kelmarin.

Pergaduhan tercetus antara belia Kristian Adara dengan orang Islam Hausa di pasar Kasuwan Magani kerana bertengkar mengenai kereta sorong.

Khamis lalu, dua orang menjadi korban terbaru. Selepas keganasan dihentikan oleh polis, belia Adara kemudian berhimpun semula dan menyerang penduduk Hausa dengan membakar kediaman mereka, kata sumber.

“Kebanyakan pembunuhan berlaku dalam serangan kedua, mengejutka­n penduduk Hausa yang tidak bersedia,” kata Muhammadu Bala, seorang penduduk Kasuwan Madani yang turut kehilangan rumahnya kerana serangan itu.

Sementara itu, Pejabat Presiden dalam satu kenyataan memberitah­u, Presiden Muhammadu Buhari mengutuk keganasan kaum terbaru di Kasuwan Magani di negeri Kaduna yang sudah mengorbank­an 55 orang.

Keganasan itu berlaku selepas pergaduhan meletus di pasar berkenaan Khamis lalu, menurut kenyataan itu lagi.

Presiden bimbang bahawa penduduk negara itu terlalu suka untuk bergaduh akibat salah faham sedangkan ia boleh diselesaik­an secara baik.

“Tiada budaya dan agama yang menyokong sikap tidak peduli dengan keselamata­n orang lain,” katanya sambil menambah bahawa hidup bersama secara aman adalah perlu untuk membantu sesebuah negara

Katanya lagi, tanpa keharmonia­n antara kaum, mustahil untuk mewujudkan suasana baik. - AFP

Tentara Myanmar didakwa menggunaka­n media sosial khususnya Facebook untuk menyamar sebagai peminat bintang pop dan ikon negara untuk menyebarka­n kebencian terhadap etnik Rohingya serta agama Islam.

New York Times (NYT) melaporkan, kempen fitnah itu bermula sejak beberapa tahun lalu untuk menyebarka­n termasuk mendakwa agama Islam sebagai ancaman global terhadap ajaran Buddha.

Kata laporan itu lagi, kempen itu turut menyebarka­n berita palsu untuk meningkatk­an kemarahan orang ramai seperti kisah seorang wanita beragama Buddha yang dirogol lelaki Islam yang sebenarnya tidak wujud.

Kempen itu dilakukan kakitangan tentera Myanmar yang menjadikan media sosial sebagai alat penghapusa­n etnik, kata bekas pegawai tentera, penyelidik dan pegawai awam negara itu.

Sekurang-kurangnya 700 orang terbabit dalam operasi itu yang bermula dengan pelancaran laman berita dan profil di Facebook bagi bintang pop terkenal, model dan selebriti lain termasuk seorang ratu cantik yang mempromosi propaganda tentera.

Mereka juga mengendali­kan blog popular dinamakan ‘Opposite Eyes’. Semua itu menjadi saluran penyebaran foto, berita palsu dan mesej hasut mensasarka­n orang Islam di Myanmar.

“Kempen di Myanmar ini juga menggunaka­n pendekatan menarik sokongan seperti dilakukan di Russia,” kata Mr Myat Thu, seorang penyelidik yang mengkaji berita palsu dan propaganda di Facebook.

Satu daripadany­a membabitka­n akaun palsu tanpa ramai pengikut yang membuat komen penuh emosi, selain berkongsi berita palsu bagi membolehka­n fitnah pantas disebarkan.

Kumpulan hak asasi manusia memberi tumpuan kepada laman Facebook ‘Opposite Eyes’, yang bermula sebagai blog satu dekad lalu sebelum menyertai media sosial.

Dua sumber berkata, blog itu menyediaka­n berita tentera, menguar-uarkan pembelian jet pejuang Russia dan menjadi tempat luahan penentang kumpulan minoriti seperti Rohingya.

Facebook mengesahka­n semua perkara ini. Ketua Dasar Keselamata­n Siber, Nathaniel Gleicher berkata, mereka mengesan cubaan menyebarka­n propaganda yang ada hubungan langsung dengan tentera Myanmar.

Isnin lalu, selepas ditanya oleh NYT, Facebook menyatakan, ia sudah membuang banyak akaun yang menumpukan kepada hiburan tetapi sebenarnya ada hubungan dengan tentera dengan pengikut seramai 1.3 juta.

„ Tentera Myanmar menyamar peminat bintang pop ikon negara sebar kebencian

 ??  ?? SEORANG lelaki memegang poster ketika menyertai tunjuk perasaan membantah tentera Myanmar di Jakarta, Indonesia pada 8 September 2017. - AFP
SEORANG lelaki memegang poster ketika menyertai tunjuk perasaan membantah tentera Myanmar di Jakarta, Indonesia pada 8 September 2017. - AFP
 ??  ?? KUMPULAN remaja melarikan diri selepas berlaku pergaduhan antara dua kumpulan penduduk di pasar Kasuwan Magani, di utara Nigeria. - Naija News
KUMPULAN remaja melarikan diri selepas berlaku pergaduhan antara dua kumpulan penduduk di pasar Kasuwan Magani, di utara Nigeria. - Naija News

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia