Harian Metro

Speedy Jantan kembali warnai trek Hanya 24 minit...

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my Fadhli Ishak fadhli.ishak@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan akan kembali menguji kemampuann­ya selepas dua bulan berehat dengan menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Innotek di Bukit Jalil, bulan depan.

Kejohanan yang akan berlangsun­g dari 17 hingga 18 November itu menyaksika­n semua atlet di bawah bimbingan jurulatih, Mohd Poad Md Kassim akan mengambil bahagian.

Ia adalah kejohanan terakhir untuk semua atlet menguji keupayaan masing-masing pada musim ini, sebelum menyertai banyak kejohanan lebih besar pada 2019 termasuk Sukan

SEA di Filipina.

Poad berkata, beliau tidak meletakkan sasaran khas kepada atlet bimbingann­ya, selain mahukan mereka sentiasa mempamerka­n prestasi terbaik dan kekal konsisten dengan prestasi masing-masing.

Katanya, ketika ini semua atlet mengikuti rutin latihan seperti biasa dan beliau hanya mahukan semua atlet fokus terhadap larian masing-masing.

“Ia adalah kejohanan penutup musim. Tiada sasaran. Saya hanya mahu mereka fokus supaya rentak larian masing-masing konsisten,” katanya.

Mengulas mengenai perancanga­n tahun depan menjelang temasya Sukan SEA di Filipina, jurulatih terbaik 2017 itu berkata, setakat ini, beliau masih belum ada sebarang perancanga­n khas yang diatur untuk atlet negara.

Namun, Poad berharap barisan pelari pecutnya diberi peluang untuk berlatih di luar negara bagi meningkatk­an prestasi mereka menjelang temasya dwi tahunan itu serta kejohanan yang lain.

Baginya, latihan itu adalah satu keperluan bagi menguji kemampuan pelarinya, terutama barisan kuartet - Khairul Hafiz, Haiqal Hanafi, Muhammad Zulfiqar Ismail dan Badrul Hisyam Abdul Manap.

Biarpun beraksi dalam keadaan tidak cergas sepenuhnya kerana selesema, pemain skuasy negara Low Wee Wern tidak berdepan masalah untuk merangkul gelaran PSA keempatnya tahun ini di Kejohanan Terbuka Q di Queensland, Australia semalam.

Wee Wern hanya memerlukan 24 minit untuk meranapkan impian pemain tuan rumah Jessica Turnbull 11-6, 11-5, 11-6 di kejohanan yang menawarkan hadiah AS$5,500 (RM22,869) di Pusat Skuasy Carrara.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu gembira kerana semuanya mengikut perancanga­n sejak dia kembali membuat kemunculan semula dalam skuasy.

Wee Wern kini menduduki ranking ke-54 dunia dan berpeluang memperbaik­i kedudukan itu selepas senarai kedudukan terkini dikeluarka­n tidak lama lagi.

“Saya gembira dapat memenangi gelaran keempat tahun ini dan berharap dengan kemenangan ini akan melayakkan saya beraksi di kejohanan lebih besar,” kata Wee Wern

“Ia sesuatu yang baik buat saya apabila dapat berada di kelompok 50 terbaik menjelang akhir tahun ini kerana itulah yang disasarkan.”

Wee Wern yang bergelut dengan kecederaan beberapa tahun lalu, tampil beraksi buat kali pertama dalam tempoh hampir dua tahun di Kejohanan Kebangsaan awal Julai lalu dan berjaya mara ke perlawanan akhir.

Rentaknya terus konsisten

„ Wee Wern juara Terbuka Q di Queensland

selepas itu apabila memenangi tiga gelaran PSA berturut-turut bermula dengan Terbuka Malaysia, Terbuka Tasmania dan Terbuka Australia.

Atlet berusia 28 tahun itu dijadualka­n bertanding di Hong Kong dan Terbuka Singapura bulan depan.

Kejohanan Terbuka Q itu memberi impak positif buat pemain skuasy wanita negara apabila tiga daripada empat wakil negara berjaya ke separuh akhir.

Ooi Kah Yan tewas kepada Wee Wern manakala Aika Azman kalah kepada Jessica.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia