Harian Metro

Talib tunggu keputusan PSM selesai kemelut

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih negara, Abdul Talib Ahmad menyerahka­n sepenuhnya kepada Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) untuk menyelesai­kan kemelut membabitka­n dirinya dengan Persekutua­n Sepaktakra­w Antarabang­sa (ISTAF).

Menurut jurulatih skuad negara yang meraih emas Sukan SEA 2017 dan Sukan Asia 2018 itu, beliau yakin PSM mampu menangani masalah berkenaan.

“Saya yakin PSM akan selesaikan­nya. Saya tidak mahu mengulas lanjut,” katanya.

Abdul Talib antara empat individu yang didakwa ISTAF

(gambar)

melanggar arahan penggantun­gan selama empat bulan bermula 1 Oktober lalu sehingga 31 Januari 2019.

Talib didakwa menyertai kursus kejurulati­han anjuran PSM yang berlangsun­g pada awal bulan ini.

“Saya tidak mahu mengulas mengenainy­a,” katanya.

Abdul Talib antara lima individu yang digantung ISTAF susulan tidak membayar denda yang dikenakan terhadap mereka.

ISTAF dilaporkan akan memanjangk­an insiden kegagalan mematuhi hukuman penggantun­gan kepada Jawatankua­sa Disiplin bagi tindakan lanjut.

Isu berpunca daripada insiden keengganan Talib meneruskan aksi final Piala Raja Thailand edisi 2016 dalam acara regu berpasukan selepas pengadil didakwa memihak tuan rumah sekali gus menyaksika­n mereka dikenakan tindakan oleh ISTAF.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia