Harian Metro

Kuasa Marquez

- AFP

„ Takluk Motegi bagi raih gelaran kelima juara dunia MotoGP

Penunggang Honda, Marc Marquez mencipta kemenangan di Jepun semalam untuk meraih gelaran ketiga berturut-turut Kejuaraan Dunia MotoGP ketika pencabar dari Ducati, Andrea Dovizioso terbabit dalam kemalangan.

Penunggang sensasi Sepanyol itu kini sudah memenangi lima kejuaraan dalam kelas perdana itu, meletakkan­nya setanding legenda Australia, Mick Doohan.

Marquez, baru berusia 25 tahun, mengekori pasangan Itali, Valentino Rossi, kali terakhir menang kejuaraan dunia ketujuhnya pada 2009, dan Giacomo Agostini, yang merekodkan kejuaraan kelapan pada 1975, dalam senarai terbaik sepanjang zaman.

“Saya rasa sangat-sangat bagus,” kata Marquez selepas insiden dialami Dovizioso mengesahka­n kemenangan kelapannya musim ini.

“Saya bayangkan ia akan dimuktamad­kan di sini tetapi perkara paling penting apabila anda ada peluang pertama,

(gambar)

anda melakukann­ya.

“Ia bukanlah litar terbaik untuk melakukann­ya tetapi saya berusaha keras sepanjang minggu,” kata Marquez.

“Saya berupaya mengekori Andrea dan mengambil keputusan untuk menyerang pada pusingan terakhir. Saya benar-benar memberi tekanan, jadi dia melakukan kesilapan – saya kecewa kerana dia berhak untuk berada di podium bersama kami.”

Marquez bermula di petak keenam di Motegi namun pantas memintas pelumba lain dan berkeduduk­an ketiga pada penamat pusingan pertama.

 ??  ?? MARQUEZ (kiri) memecut pantas di Motegi. MARQUEZ menjulang trofi dimenangi.
MARQUEZ (kiri) memecut pantas di Motegi. MARQUEZ menjulang trofi dimenangi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia