Harian Metro

Koepka julang Piala CJ

-

Jeju, Korea Selatan: Juara major tiga kali Brooks Koe pka akan memintas Dustin Johnson dan Justin Rose untuk menjadi pemain nombor satu dunia buat kali pertama selepas menjulang Piala CJ semalam dengan kelebihan empat pukulan.

“Ia impian menjadi nyata,” kata Koepka selepas menamatkan pusingan akhir dengan lapan di bawah par 64 pada acara Jelajah PGA AS di Korea Selatan, melakukan chip untuk birdie pada lubang ke-16 untuk 21 di bawah par keseluruha­n.

“Tidak pernah terfikir akan menjadi pemain golf terbaik dunia,” katanya.

“Sesuatu yang menakjubka­n apabila menduduki ranking pertama dunia menerusi kemenangan. Saya mahu menjadi nombor satu dengan cara saya sendiri.

Koepka, pemain Terbaik Tahunan Jelajah PGA AS tahun ini mengumpul 267 pukulan keseluruha­n untuk

(gambar)

menjuarai kejohanan itu dan menghalang rakan senegara AS, Gary Woodland, yang melakar 11 birdie apabila membuat 63 pukulan pada pusingan akhir untuk mengumpul 271 pukulan.

Koepka yang cemerlang tahun ini, menjuarai kejohanan major kedua dan ketiganya pada Terbuka AS dan PGA AS, berjaya mengatasi rasa gugup pada awal pusingan pertama di kelab di pulau peranginan selatan di Jeju.

Dia memulakan minggu ini di ranking ketiga selepas pemain Piala Ryder Johnson dan Rose, kedua-duanya tersingkir daripada kejohanan itu dan akan memintas mereka apabila ranking baru dikeluarka­n hari ini.

“Saya cuba bertahan, menanti giliran memukul ke lubang. Saya sedar saya akan mempunyai peluang terbaik dan apabila tiba masanya, anda perlu memanfaatk­annya,” katanya. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia