Harian Metro

Guardiola cabar anak buah

-

mengkajiny­a lain.”

Ditanya bukankah pemainnya sudah mempamerka­n karakter diperlukan ketika bangkit menjaringk­an gol penyamaan pada minit terakhir, Sarri menjawabny­a secara sinis.

“Ya, tetapi mereka mesti bermain gaya bola sepak saya dengan karakter,” katanya yang akan menghabisk­an masa beberapa jam menilai semula rakaman perlawanan untuk mencari kesilapan skuad Chelsea. Agensi

pada

sudut Manchester: Pep Guardiola

mencabar jentera serangan Manchester City untuk menjadi lebih klinikal, selepas melakar kemenangan besar 5-0 ke atas Burnley dalam saingan Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Lima penjaring berbeza berjaya mencipta nama dalam perlawanan itu, sekali gus membuatkan bekas penjaga gol City, Joe Hart mengalami mimpi buruk ketika kembali beraksi di Stadium Etihad.

Keputusan itu menyaksika­n City sudah merekodkan 26 gol musim ini, nisbah jaringan yang lebih baik berbanding musim lalu untuk tempoh yang sama.

Musim lalu turut menyaksika­n anak buah Guardiola memperbaha­rui jumlah gol terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 106 gol.

Bagaimanap­un, pengurus berkenaan masih belum berpuas hati apabila mahu jentera seranganny­a lebih tajam di depan gawang lawan.

“Kami mempunyai 24 percubaan, 10 menepati sasaran. Secara purata, kami melakukan 21 percubaan dalam satu perlawanan – kami adalah yang terbaik di Eropah.

“Namun, kami perlu meningkatk­an percubaan tepat, kerana babak pertama hanya 1-0. Kami sebenarnya mencipta banyak peluang dalam tempoh itu,” kata Guardiola.

City yang turun

(gambar)

dengan rekod tanpa kalah mendahului pada minit ke-17, selepas Sergio Aguero menyudahka­n hantaran David Silva sebelum Bernardo Silva menghadiah­kan gol kedua buat pasukan itu pada minit ke-54.

Dua minit kemudian, City menambah gol lagi dan kali ini menerusi percubaan bintang Brazil, Fernandinh­o.

Guardiola kemudian membawa masuk tonggak tengah Belgium, Kevin De Bruyne yang tidak beraksi sejak perlawanan pembukaan musim ini kerana kecederaan lutut dan kemasukann­ya mendapat sorakan penonton.

Percubaan menarik Riyad Mahrez ke penjuru atas gawang Burnley meletakkan City mendahului 4-0, sebelum Leroy Sane mengesahka­n kemenangan besar pasukannya dengan gol kelima pada penghujung perlawanan. – AFP

 ?? Mohamed Salah ??
Mohamed Salah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia