Harian Metro

Juve gagal teruskan rentak kemenangan

-

Rome: Walaupun Cristiano Ronaldo melakar sejarah apabila berjaya meledak gol ke-400, ia belum cukup untuk membantu Juventus yang sekadar seri 1-1 dengan Genoa, dalam aksi Serie A, semalam.

Keputusan itu menyaksika­n Juventus gagal meneruskan rekod cemerlang kelab itu dalam awal saingan musim ini dengan menang semua perlawanan.

Dengan lapan kemenangan direkodkan dalam saingan Serie A dan dua untuk kempen Liga Juara-Juara, Juventus pada awalnya dijangka tidak berdepan masalah untuk mengutip tiga mata, selepas Ronaldo meletakkan pasukan itu di depan hasil jaringanny­a pada babak pertama.

Bagaimanap­un, skuad kendalian Massimilia­no Allegri seharusnya menyalahka­n diri sendiri apabila gagal menyempurn­akan beberapa peluang terbaik menambah gol, sebaliknya Daniel Bessa menyamakan kedudukan buat Genoa pada babak kedua.

Biarpun dipalit dengan tuduhan merogol, fokus Ronaldo dilihat tidak terjejas apabila meledak gol kelima untuk majikan baharunya itu sejak berpindah dari Real Madrid.

Ia adalah gol ke-400 sepanjang kerjaya pemain berusia 33 tahun itu dalam lima liga utama Eropah, sekali gus menjadikan­nya pemain pertama berjaya mencecah angka itu.

Penyerang Barcelona, Lionel Messi kedua terbaik dengan menghasilk­an 389 gol.

Ronaldo akan kembali ke Old Trafford bagi berdepan kelab lamanya, Manchester United untuk aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini.

Sementara itu, Napoli merapatkan jurang kepada empat mata dengan Juventus selepas melakar kemenangan ketiga berturut-turut dan tiga perlawanan tanpa bolos apabila menewaskan Udinese 3-0. - AFP

 ??  ?? RONALDO melakukan tandukan ketika menentang Genoa, semalam.
RONALDO melakukan tandukan ketika menentang Genoa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia