Harian Metro

Gantung but tiga minggu

- AFP

„ Messi patah lengan bertembung Vazquez

Kapten Barcelona, Lionel Messi bakal terlepas aksi selama tiga minggu, selepas patah lengan kanan ketika membantu kelab itu mencatat kemenangan 4-2 ke atas Sevilla, semalam.

Susulan kecederaan itu, Messi tidak akan diturunkan untuk perlawanan ‘Clasico’ menentang seteru utama, Real Madrid pada 28 Oktober ini.

Ousmane Dembele menggantik­an Messi pada minit ke-25, selepas pemain Argentina itu diperiksa oleh doktor kelab di tepi padang selepas bertembung dengan pemain Sevilla, Franco Vazquez.

Messi yang membantu gol pembukaan dijaringka­n Philippe Coutinho pada minit kedua dan meledak gol kedua pasukan, dilihat menderita kesakitan dan meninggalk­an padang dengan lengan kanannya berbalut.

“Apa yang jelas, ia boleh dikatakan satu kehilangan,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde.

“Kami tahu apa yang diberikann­ya kepada kami dan apa yang hilang apabila dia tidak ada bersama kami. Kami perlu mengharung­inya dan kami akan bersedia.

“Adalah jelas yang kami perlu akur dengan ketiadaann­ya, tetapi kami akan cuba membiasaka­n diri. Kami mempunyai sumber, biarpun kami akan berdepan beberapa pasukan yang sangat sukar.”

Selain aksi ‘Clasico’, penjaring

sepanjang zaman Barca itu juga tidak boleh diturunkan untuk perlawanan Liga JuaraJuara, Rabu ini menentang Inter Milan di laman sendiri dan aksi timbal balik di Milan,

6 November depan.

Pertahanan Barca, Gerard Pique mengakui ketiadaan Messi akan membawa impak kepada pasukan, tetapi percaya pasukan dapat mengharung­i beberapa perlawanan selepas ini tanpa terlepas banyak mata.

“Dia memberi kami ketenangan apabila berada bersama pasukan, tetapi kami tidak begitu menderita tanpanya,” katanya.

 ??  ?? MESSI menahan kesakitan selepas bertembung dengan Vazquez.
MESSI menahan kesakitan selepas bertembung dengan Vazquez.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia