Harian Metro

Hamidin lulus ujian awal

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Selepas 100 hari Datuk Hamidin Mohd Amin memimpin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam, badan induk bola sepak negara itu disifatkan berada pada landasan tepat untuk terus melaksanak­an agenda perubahan sejajar dengan misi dan visi digariskan beliau.

Hamidin dipilih secara rasmi pada Kongres FAM Kali Ke-54, 14 Julai lalu bagi penggal 2018-2021, menggantik­an Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Secara keseluruha­n, dalam tempoh hanya 100 hari ini saja, 31.2% teras kepimpinan bagi jangka masa tiga tahun ini sudah pun berjaya dilaksanak­an oleh FAM,” kata organisasi bola sepak tempatan itu di laman rasmi Facebookny­a semalam.

“Lima perkara asas teras kepimpinan dan harapan Datuk Hamidin selaku Presiden FAM untuk dilaksanak­an dalam tempoh tiga tahun menyaksika­n perkara asas pertama iaitu tadbir urus pengurusan dan pentadbira­n sudah mencapai 28% dan perkara asas kedua, pasukan kebangsaan 50%.

“Perkara asas ketiga pula menyaksika­n program pembanguna­n mencapai 39%, perkara asas keempat iaitu pertanding­an 15% dan perkara asas kelima, pemasaran

(gambar)

dan komunikasi pada tahap 24%.

“Selain teras kepimpinan itu, tempoh 100 hari pertama ini juga menampakka­n perkembang­an cukup positif apabila beberapa kejayaan dicapai antaranya merangkul anugerah Dream Asia AFC atas kerja-kerja pembanguna­n akar umbi.

“Malah, FAM juga berjaya menganjurk­an Kejuaraan B-16 AFC 2018, yang juga kejohanan pertama AFC yang dianjurkan FAM sejak Piala Asia 2007, memeterai perjanjian dengan CustomCraf­t (M) Sdn Bhd sebagai rakan komersial terbaharu, muncul juara Kejuaraan B-19 AFF 2018 di Indonesia dan meraih tempat ketiga Kejuaraan B-16 AFF 2018 di Indonesia.

“Skuad kebangsaan juga berjaya menampilka­n Mohamadou Sumareh sebagai pemain naturalisa­si pertama untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan selain turut melancarka­n kursus Diploma Eksekutif Pengajian Bola Sepak UiTM,” kata FAM.

Menurut badan sukan itu lagi, pelbagai inisiatif sudah dirancang untuk memantapka­n pentadbira­n dan pengurusan dan yakin beberapa kejayaan lain akan menyusul selepas ini.

“Sudah tentu ia tidak terhenti setakat ini dan pasti akan diteruskan lagi usaha serta kerja keras sepanjang tempoh tiga tahun sehingga berakhirny­a penggal kali ini iaitu pada tahun 2021.

“Banyak lagi perkara positif dan kejayaan akan dapat dicapai selepas ini jika seluruh warga kerja FAM termasuk Ahli-Ahli Jawatankua­sa Eksekutif serta Sekretaria­t Agung yang diketuai Stuart Ramalingam terus bekerja keras.

“Pada masa sama, ahli-ahli gabungan FAM serta warga bola sepak di seluruh negara termasuk para penyokong semua turut tampil memberikan kerjasama penuh dan sokongan berterusan demi kita sama-sama berjuang untuk memartabat­kan bola sepak Malaysia,” katanya.

Masih banyak perlu diperbaiki dalam persembaha­n skuad muda negara jika mahu melangkah jauh pada kejohanan bawah 19 (B-19) tahun Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) yang kini berlangsun­g di Indonesia.

Perkara itu diakui jurulatih skuad B-19 negara, Bojan Hodak sambil mengingatk­an anak buahnya untuk tidak mengulangi kesilapan mudah seperti berlaku ketika aksi pertama berdepan Arab Saudi,kelmarin.

Justeru, pengendali dari Croatia itu tetap menaruh kepercayaa­n bahawa anak buahnya mampu bangkit bagi aksi kedua berdepan Tajikistan esok.

“Pertahanan melakukan

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia