Harian Metro

Kerjasama jaga sungai

- Rafiqah Dahali news@nstp.com.my

„ Penduduk Bongawan disaran jaga kebersihan, elak buang sampah sesuka hati

Penduduk Bongawan dekat sini, dinasihatk­an tidak menjadikan sungai sebagai tempat membuang sampah sebaliknya perlu bersama menjaga kebersihan alam sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Dr Daud Yusof berkata, walaupun kebersihan sungai di sini masih terkawal, lambat-laun akan terjejas sekiranya tidak diatasi.

“Kita bimbang jika sikap suka membuang sampah ke sungai ini berterusan, ia akan memberi kesan ke atas kebersihan sungai yang ada di Bongawan.

“Saya juga berusaha memohon peruntukan untuk memasang perangkap sampah agar boleh diletakkan di beberapa kawasan sungai yang ada di sini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Gotong-Royong Perdana pemimpin bersama masyarakat Bongawan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Bongawan di sini, semalam.

Lebih 200 membabitka­n wakil daripada jabatan kerajaan, agensi, NGO, pelajar sekolah dan penduduk sekitar Bongawan menyertai program berkenaan.

Beberapa kawasan dibersihka­n di sekitar pekan Bongawan termasuk pasar, premis kedai, stesen kereta api, masjid dan klinik.

Mengulas lanjut, beliau berharap program berkenaan mampu memberi kesedaran kepada penduduk untuk menjaga kebersihan bukan saja di sungai malah sekitar pekan daerah itu.

“Kami juga bercadang untuk membuat program gotong-royong bersama rakyat secara berterusan dan akan membersihk­an sungai pula selepas ini,” katanya.

 ??  ?? DR Daud (tengah) memotong rumput ketika Program Gotong-Royong Perdana di Bongawan, semalam.
DR Daud (tengah) memotong rumput ketika Program Gotong-Royong Perdana di Bongawan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia