Harian Metro

Pertemuan untuk ucap tahniah

-

Pertemuan enam pemimpin pembangkan­g negeri ini dengan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan bermotifka­n politik, sebaliknya hanya untuk mengucapka­n tahniah kepadanya.

Pertemuan dengan Anwar itu membabitka­n Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffery Kitingan, pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Kurup dan Ahli Parlimen Libaran Datuk Zakariah Edris.

Kumpulan pemimpin pembangkan­g terbabit melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di pejabatnya di Petaling Jaya, pada 18 Oktober lalu.

Ketika dihubungi semalam, Anifah menegaskan, pertemuan itu hanya merakamkan tahniah kepada Anwar dan tiada isu politik dibincangk­an.

“Saya memberikan kenyataan saya (untuk menerangka­n mesyuarat itu) dua hari yang lalu dan saya tidak mahu mengulangi,” kata bekas Menteri Luar itu tanpa mengulas lanjut.

Pada 19 Oktober lalu, sebuah portal berita dalam talian melaporkan Anifah yang meninggalk­an UMNO bulan lalu, mengadakan perbincang­an mengenai masalah pelarian IMM13 di Sabah serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ahli Parlimen Kimanis itu juga menafikan khabar angin yang mesyuarat itu bertujuan merampas kuasa kerajaan negeri dipimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Sementara itu, akhbar tempatan, Daily Express semalam, melaporkan Anifah sebagai berkata, beliau akan menyokong kerajaan Pakatan Harapan berkaitan hak negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia