Harian Metro

Harap Sandakan diberi peruntukan rumah

-

Sandakan: Ahli Parlimen Sandakan Datuk Stephen Wong berharap lebih banyak rumah mampu milik dibina di Sandakan daripada 200,000 unit kediamandi­bina di seluruh negara.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah berkata, sekurang-kurangnya 5,000 unit rumah mampu milik perlu dibina bagi kemudahan penduduk di daerah ini.

“Oleh itu, saya harap daerah Sandakan diberi peruntukan rumah (yang banyak) daripada jumlah (200,000 unit kediaman) berkenaan.

“Ramai penduduk di sini yang tidak memiliki rumah dan sudah lama tertunggu-tunggu (pengumuman itu),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Sayang Komuniti di Taman Mesra dekat Batu 4 di sini, kelmarin.

Ketika membentang­kan kajian separuh penggal RanKerajaa­n cangan Malaysia Ke-11 (RMK11), Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n kerajaan akan membina 200,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara bagi tempoh 2018-2020.

Dalam pembentang­an itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan turut menubuhkan Ma- jlis Perumahan Mampu Milik bagi menyelaras­kan pengurusan mampu milik awam.

Mengulas lanjut mengenai penubuhan majlis itu, Stephen yang juga Pengerusi DAP Sabah berkata, pihaknya turut berharap pemimpin dari Sabah dilantik menjadi pengerusi Majlis Perumahan Mampu Milik itu.

“Kita mengalu-alukan jika orang (pemimpin) Sabah menjadi pengerusi majlis itu nanti kerana negeri ini masih banyak kekurangan, khususnya rumah mampu milik dan infrastruk­tur lain jika dibanding dengan Semenanjun­g.

“Ia dipercayai akan mempercepa­tkan lagi pembanguna­n negeri ini,” katanya.

 ??  ?? STEPHEN (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada peserta program.
STEPHEN (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia