Harian Metro

Bina sekolah untuk etnik Penan

-

Kementeria­n Pendidikan perlu mempertimb­angkan cadangan membina sekolah rendah di kawasan penempatan masyarakat Penan di Apau Nyaring di pedalaman utara negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang

Usan, Dennis Ngau berkata, ada empat penempatan masyarakat Penan di sekitar Apau Nyaring iaitu Long Liaw, Long Buken, Long Kerong dan Long Sengong.

Menurutnya, ketika ini masyarakat Penan dari empat penempatan itu menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (SK) Long Aton yang terletak sejam perjalanan melalui sungai.

“Saya sedia bawa isu ini kepada pihak Kementeria­n Pendidikan untuk pertimbang­an.

“Usaha menyediaka­n kemudahan itu wajar bagi membolehka­n lebih ramai anak Penan mendapat pendidikan.

“Kita tidak mahu anak masyarakat Penan di luar bandar Sarawak tercicir persekolah­an.

“Jika situasi ini berlaku generasi muda Penan tidak berubah dan tetap tertinggal di belakang,” katanya di sini, semalam.

Sebagai wakil rakyat yang berdamping­an masyarakat Penan, Dennis sedar keperitan dihadapi etnik minoriti itu untuk menghantar anak mereka bersekolah.

Beliau berkata, ramai ibu bapa masyarakat Penan tiada pendapatan tetap, namun ia tidak mematahkan semangat memberi pendidikan kepada anak mereka. Pemilik anjing tidak digalakkan membiarkan haiwan peliharaan itu berkeliara­n di luar rumah kerana tindakan berkenaan dikhuatiri memudahkan penularan wabak rabies atau penyakit anjing gila.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri Datuk Lee Kim Shin berkata, pemilik anjing wajar memastikan haiwan itu dijaga tanpa pengabaian termasuk diberi makan.

Beliau berkata, ramai pemilik anjing membiarkan haiwan mereka berkeliara­n di luar rumah mengakibat­kannya cenderung terdedah wabak rabies.

“Kami mahu pemilik anjing memastikan haiwan peliharaan mereka disimpan dalam kandang khas dan tidak dibiarkan berkeliara­n.

“Haiwan itu juga perlu memiliki lesen didaftarka­n supaya tidak menimbulka­n masalah kepada pihak lain,” katanya di pejabatnya di sini, semalam.

Lee berkata, ramai pemilik anjing membiarkan haiwan peliharaan berkeliara­n di tempat awam.

“Saya memuji usaha pertubuhan bukan kerajaan Zero Stray Miri yang sanggup memberikan perlindung­an kepada anjing terbiar, tetapi ditangkap pihak berkuasa,” katanya.

Ketika ini, 300 anjing liar ditempatka­n dan dijaga sukarelawa­n Zero Stray Miri.

 ??  ?? LEE
LEE
 ??  ?? DENNIS
DENNIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia