Harian Metro

3 beranak nyaris dihempap pokok

-

Tiga sekeluarga terselamat walaupun Perodua Myvi dinaiki mereka dihempap dahan pokok sebesar betis di laluan dari arah Kampung Limau Manis ke bandar ini, semalam.

Pemandu kereta, Shamsudin Othman, 60, berkata, mereka sekeluarga bertolak dari rumah di Kampung Durian Chondong di Muar, jam 4.15 petang menuju Segamat bagi urusan memperbaha­rui lesen memandu di Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

“Saya ditemani anak perempuan, Siti Zubaidah Shamsudin, 24, yang duduk di hadapan, manakala isteri, Napisah Shahrom, 58, duduk di kiri tempat duduk belakang,” katanya di lokasi kejadian di sini.

Katanya, sebaik tiba di laluan jalan sekitar Kampung Limau Manis menghala ke bandar Segamat, tiba-tiba angin lintang berlaku menyebabka­n dahan pokok patah.

“Rimbunan ranting memenuhi cermin hadapan dan pada masa sama saya terdengar dentuman kuat akibat terkena dahan besar,” katanya.

Katanya, dia serba salah sama ada mengelak atau memberhent­ikan kenderaan, namun memilih meneruskan perjalanan.

“Itu pilihan terbaik dan saya bersyukur kerana jika berhenti tentu dihempap pokok bersaiz pemeluk lelaki dewasa,” katanya.

Menurutnya, mereka bertawakal kerana pandangan cermin hadapan menjadi gelap ditutupi rimbunan pokok selain bunyi retakan cermin.

Katanya, dia terus merempuh dahan terbabit dan bersyukur dapat mengawal kereta sebelum berhenti 10 meter dari lokasi itu.

“Kami bergegas keluar daripada kenderaan kerana bimbang berlaku letupan serta menghubung­i pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Segamat bagi memotong pokok yang merintangi jalan,” katanya.

 ??  ?? SHAMSUDDIN menunjukka­n kereta yang kemek akibat dihempap dahan pokok.
SHAMSUDDIN menunjukka­n kereta yang kemek akibat dihempap dahan pokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia