Harian Metro

2 LAGI MANGSA DITEMUI

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@nstp.com.my

> 6&7

Saya tak mampu bergerak kerana tertimbus sehingga pinggang bagi menyelamat­kan suami Norazizah „ Warga Indonesia maut, isteri tertanam separuh pinggang terselamat

“S

aya tak mampu bergerak kerana tertimbus sehingga pinggang bagi menyelamat­kan suami dan hanya mampu melihat dia tertimbus,” kata Norazizah, 24, isteri kepada Subairi, 34, lelaki warga Indonesia ketiga yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Paya Terubong Jumaat lalu.

Katanya, dia masih terbayang saat suaminya lenyap ‘ditelan’ runtuhan tanah dalam kejadian itu.

Menurut Norazizah, ketika kejadian Subairi menonton televisyen di rumah kongsi berhampira­n dan dia di dalam bilik rumah kongsi sama.

Katanya, kejadian itu berlaku pantas dan sebaik terdengar bunyi dentuman kuat, dia ternampak suaminya cuba melarikan diri sebelum tertimbus.

“Saya terdengar bunyi seperti letupan dari arah bukit sebelum kawasan itu ditimbus tanah dan suami tenggelam di bawah runtuhan tanah. Saya juga tertanam hingga paras pinggang.

“Bagaimanap­un saya berjaya diselamatk­an anggota bomba dan beberapa pekerja sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, ketika itu dia tidak tahu nasib suaminya.

Norazizah yang memiliki anak perempuan berusia dua tahun hasil perkongsia­n hidup enam tahun dengan Subairi tidak bekerja di situ, sebaliknya datang bagi menemani dan menjaga keperluan suaminya.

Dia yang baru saja tiga bulan datang ke Malaysia berharap jenazah suaminya dapat ditemui segera.

Norazizah dari Buton Tengah, Sulawesi dan Wa Iri, 36, antara tiga mangsa yang cedera dalam kejadian tanah runtuh itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat keluar mangsa yang tertimbus dalam runtuhan di Bukit Kukus di Paya Terubong, semalam.
ANGGOTA bomba mengangkat keluar mangsa yang tertimbus dalam runtuhan di Bukit Kukus di Paya Terubong, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA penyelamat melakukan operasi pencarian mangsa.
ANGGOTA penyelamat melakukan operasi pencarian mangsa.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia