Harian Metro

‘SAYA SEDIA LETAK JAWATAN’

- M Hifzuddin Ikhsan dan Petah Wazzan Iskandar cnews@nstp.com.my

„ PM kesal tindakan segelintir pemandu teksi bersikap biadab, tinggalkan sesi dialog

Tun Dr Mahathir Mohamad sedia meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri selepas kesal dengan tindakan segelintir pemandu teksi bersikap biadab dan meninggalk­an sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan­nya berkaitan isu GRAB.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah bersara sebelum ini, tetapi kembali semula selepas diminta orang ramai untuk memulihkan keadaan negara.

“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan...saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi.

“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara...orang panggil balik, jadi saya datang.

“Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” katanya ketika Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi Langkawi, semalam.

Terdahulu, kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluark­an kata-kata kesat dan membuat bising sebelum keluar dewan ketika Dr Mahathir memberi penjelasan berhubung isu e-hailing.

Sesi dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi Langkawi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmat­an GRAB yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata, GRAB akan diminta menggunaka­n kenderaan yang diluluskan kerajaan, membayar insurans dan membayar cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan adil.

“Saya pernah membangkit­kan perkara ini dalam Kabinet...saya beritahu Menteri (Pengangkut­an) supaya memperbetu­lkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung.

“Saya akan usaha lagi...saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian, tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan GRAB. Kita boleh samakan mereka dengan teksi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DR Mahathir hadir pada pertemuan bersama pemandu teksi Langkawi, semalam.
DR Mahathir hadir pada pertemuan bersama pemandu teksi Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia