Harian Metro

SUFIAN SUHAIMI GENGGAM SARJANA

- Georgie Joseph cnews@nstp.com.my

„ Sufian Suhaimi luah rasa syukur capai ijazah sarjana

Penyanyi Sufian Suhaimi bersyukur akhirnya menggengga­m Ijazah Sarjana Komunikasi

Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam selepas beberapa tahun mengikuti pengajian.

Sufian, 26, berkata, kejayaan itu berkat doa dan sokongan ibu bapa yang menjadi sumber kekuatanny­a menghabisk­an pengajian meskipun berdepan banyak dugaan.

“Saya sangat gembira dengan pencapaian ini. Ia bukan mudah dan syukur segala peperiksaa­n serta tesis berjaya saya laksanakan dengan baik.

“Kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa sokongan keluarga dan saya ingin dedikasika­nnya buat ibu bapa saya. Merekalah yang membuatkan saya bersemanga­t untuk habiskan pengajian.

“Saya juga terharu apabila mendapat tepukan gemuruh dalam dewan sewaktu menerima skrol sebentar tadi. Meskipun saya tidak mendapat anugerah cemerlang, sokongan diberikan sangat luar biasa,” katanya yang menghadiri upacara konvokesye­n di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam, semalam.

Sufian yang popular dengan lagu Dimatamu bagaimanap­un memutuskan tidak menyambung pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dalam masa terdekat.

“Sebenarnya saya ada dapat tawaran daripada beberapa universiti untuk sambung PhD. Bagaimanap­un, saya belum terfikir menerimany­a buat masa ini.

“Pengajian di peringkat itu bukan sesuatu yang mudah. Saya tidak boleh tergesa-gesa menerima tawaran ini dan perlu ambil kira banyak faktor.

“Lagipun saya mahu fokus mengukuhka­n karier seni tahun ini sehingga tahun depan. Banyak projek yang saya kena laksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Sufian teruja apabila lagu Dimatamu 2.0 bakal dilancarka­n tidak lama lagi.

“Bulan depan saya akan lancarkan lagu Dimatamu 2.0 sebagai kesinambun­gan lagu terdahulu. Selain itu, saya juga bakal tampil dengan sebuah lagu duet bersama penyanyi wanita yang masih dalam perbincang­an,” katanya.

 ??  ?? SEKITAR KONVOKESYE­N UNIVERSITI AWAM
SEKITAR KONVOKESYE­N UNIVERSITI AWAM
 ??  ?? Saya juga terharu apabila mendapat tepukan gemuruh dalam dewan sewaktu menerima skrol sebentar tadi”
Sufian Suhaimi
Saya juga terharu apabila mendapat tepukan gemuruh dalam dewan sewaktu menerima skrol sebentar tadi” Sufian Suhaimi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia